Rencah Hidup

Mini Konsert Silang Budaya Malaysia – Indonesia rakam kenangan manis di PBAKL

Biar pun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) telah melabuhkan tirainya, Mini Konsert Silang Budaya Malaysia – Indonesia juga telah meninggalkan kenangan yang manis.

Mini konsert yang berdurasi sejam 30 minit itu bukan sahaja menampilkan persembahan daripada Kumpulan Destar Limar dan Kumpulan The Pegawai daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Malah Kumpulan Tari Budaya Sunan Ambu dari Institut Seni Budaya Indonesia Bandung (ISBI) dan Kumpulan Kabumi daripada Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) turut mengambil bahagian.

Pengarah Pusat Kebudayaan UPSI, Dr. Norzuraina Mohd Nor berkata, masing-masing persembahkan kepelbagaian dalam seni budaya dan berjaya menarik perhatian para pengunjung yang hadir.

“Saya dapat rasakan kemeriahan dalam seni budaya yang dipersembahkan. Saya juga mendapat maklumbalas yang amat positif daripada pengunjung yang hadir.

“Semoga ruang dan peluang disediakan untuk kami memperkenalkan seni budaya yang terdapat di nusantara dan kami berharap agar pelbagai jenis keunikan akan ditonjolkan kelak,” katanya.

Norzuraina berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas kejayaan Mini Konsert Silang Budaya Malaysia – Indonesia yang diadakan pada 3 Jun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mini konsert itu dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Destar Limar dan The Pegawai dengan
medley Mahligai Permata x Ya Maulai susunan oleh Encik Anuar Borhan.

Persembahan seterusnya diteruskan dengan persembahan ensembel orchestra angklung, persembahan angklung moden dan tarian Rampai Aceh.

Berdurasi sekitar 20 minit persembahan daripada Kabumi UPI berjaya memukau para penonton dan pengunjung yang hadir.

Tarian jaipongan oleh Seni Tari Sunan Ambu ISBI
Tarian jaipongan oleh Seni Tari Sunan Ambu ISBI

Persembahan diteruskan dengan tarian Jaipongan yang unik dan memukau oleh ISBI. Rata-rata pengunjung yang hadir teruja dengan persembahan yang jarang dipersembahkan di Malaysia.

Berdurasi 20 minit mereka berjaya menarik minat pengunjung untuk kekal menonton persembahan tersebut.

Mini konsert diakhiri dengan gabungan kesemua pemuzik dan penari yang terlibat dengan membawakan lagu Ronggeng Wak Buyung.

Persembahan penutup yang melibatkan kolaborasi yang mantap ini diakhiri dengan sesi joget lambak bersama
para pengunjung yang hadir.

 

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button