Nasional

PRU15: 2,504 polis Melaka tunai tanggungjawab

Seramai 2,504 pegawai dan anggota polis di Melaka melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Proses pengundian diadakan di Dewan Serbaguna IPK Melaka berjalan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan terkawal bermula pada pukul 8.00 pagi

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, sebanyak 24 pusat mengundi dibuka bagi membolehkan kesemua 2,504 pegawai dan anggota melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Mengikut pecahan, seramai 860 orang mengundi di IPK Melaka diikuti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah (764), IPD Alor Gajah (623) dan IPD Jasin (227).

“Secara keseluruhan, Kontinjen Melaka terdapat sebanyak 24 saluran dan daripada jumlah itu 19 daripadanya beroperasi sehingga 12.00 tengah hari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainol pula melaksanakan tanggungjawab apabila mengundi pada pukul 9.20 pagi di IPK Melaka.

Tambahnya lagi, seramai 50 pegawai dan anggota telah membuang undi seawal pukul 8 pagi tadi, sebelum melaksanakan tugas membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdahulu, semua pengundi awal yang tiba di dewan itu akan menjalani saringan suhu badan terlebih dulu, selain petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyaring sama ada anggota polis atau pasangan mereka bergejala.

Pengundi yang melepasi kedua-dua saringan itu akan dibenarkan terus ke proses seterusnya, iaitu mengesahkan saluran masing-masing, sebelum menunggu giliran untuk mengundi.

Dalam pada itu beliau berkata, sepanjang 10 hari berkempen, polis menerima sebanyak 10 laporan membabitkan jenayah khianat, namun setakat ini hanya lima kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button