Luar Negara

Beri sarapan percuma agar orang berhenti bekerja dari rumah

SEBUAH syarikat kereta api di United Kingdom (UK) telah menawarkan sarapan percuma kepada orang ramai bagi menarik orang ramai berhenti bekerja dari rumah sekali gus untuk meningkatkan bilangan penumpang yang menggunakan kereta api.

Rail Delivery Group (RDG) menawarkan makanan bacon butty dan minuman dari Greggs untuk sarapan secara percuma.

Bilangan orang yang menggunakan perkhidmatan kereta api menurun secara mendadak selepas orang ramai mula bekerja dari rumah sejak pandemik Covid-19.

Selain itu, orang ramai yang menggunakan kereta api akan mendapat ganjaran lain iaitu audio percuma, akses kepada aplikasi kesedaran dan kopi daripada kafe Pure yang berpangkalan di London.

Ketua Eksekutif RDG, Jacqueline Starr berkata kereta api bukan sekadar pengangkutan untuk perjalanan seseorang tetapi ia memberi manfaat kepada alam sekitar, ekonomi dan perniagaan tempatan.

“Untuk menggalakkan dan menyokong penumpang apabila mereka kembali bekerja di pejabat, industri kereta api telah melancarkan laman web ganjaran komuter baharu yang menawarkan minuman panas percuma, naik taraf kursus, penstriman muzik, buku audio dan banyak lagi untuk membantu meningkatkan pengalamam dalam kereta api,” katanya.

Beliau turut berkata, permintaan untuk kereta api pada waktu puncak telah meningkat sebanyak lima peratus sejak kebenaran bekerja dari rumah telah ditarik balik minggu lepas.

Hanya seribu bungkus sarapan percuma yang disediakan dan ganjaran lain akan diperkenalkan pada minggu-minggu akan datang. -SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button