Nasional

98.2 peratus kes baharu kategori 1 dan 2

WALAUPUN bilangan kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini masih lima angka dan melebih 12 ribu kes namun 98.2 peratus daripadanya adalah kategori 1 dan kategori 2.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 12,304 daripada keseluruhan 12,528 kes baharu adalah kategori tersebut.

Kategori 1iaitu tiada gejala berjumlah 6,840 kes (54.6 peratus) dan kategori dua bergejala ringan sebanyak 5,463 kes (43.6 peratus).

Hanya 1.8 peratus kes bahary merupakan kategori 3, 4 dan 5. Sebanyak 112 kes (0.9 peratus) dari kategori 3 iaitu radang paru-paru, kategori 4 yang memerlukan oksigen sebanyak 44 kes (0.4 peratus).

Kategori 5 iaitu kritikal dan memerlukan alat pernafasan berjumlah 64 kes (0.5 peratus).

Sementara itu Selangor masih lagi mencatatkan kes tertinggi sebanyak 4,985 diikuti Kuala Lumpur (1,740) dan Negeri Sembilan (1,280).-SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button