AgamaNasional

Beri kuasa kepada Mahkamah Syariah semak fatwa agama negeri

PARTI Bumiputera Perkasa  Malaysia (PUTRA) menyokong pendirian Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)  yang mahukan kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan mencadangkan pindaan Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden PUTRA merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, gesaan tersebut disuarakan selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Beliau dalam kenyataannya hari ini, menpersoalkan sampai bilakah Perlembagaan Persekutuan sering dilihat sebagai penghalang pelaksanaan Islam akibat wujudnya peruntukan perlembagaan yang menyatakan bahawa perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi, mengatasi undang-undang lain.

“PUTRA ingin mengingatkan kepada pihak-pihak tertentu di negara ini supaya tidak mencampuri urusan hal ehwal umat Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembangaan.

“Tindakan ancaman yang melampau tersebut bakal mengundang rasa gelisah di kalangan umat Islam serta mengganggu keharmonian dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, Islam adalah kerangka utama dalam pembentukan Malaysia dan sebab itulah dalam Perlembagaan, dinyatakan dengan jelas.

bank rakyat

“Agama-agama lain tetap dibenarkan tetapi ia tidak dinyatakan dengan jelas apakah agama-agama itu.

“Dominasi Islam tidak menyekat kehidupan masyarakat bukan Islam sebaliknya Islam telah memberikan persekitaran yang lebih kepada bukan Islam kecualilah ada usaha untuk mencabar atau meruntuhkan institusi Islam,” tegas Dr. Aziz Jamaludin.

Menurut Dr. Aziz Jamaludin, yang lebih dikesalkan lagi ialah pakar undang-undang dari kaum Muslimin juga ulama di Malaysia sangat dangkal tentang urusan politik dan Perlembagaan.

Pada pandangan Dr. Aziz Jamaludin, lebih buruk lagi mainan hubungan antarabangsa.

“Ilmu muslihat (strategi dan taktikal), kebijaksanaan mengertikan dan menafsir suatu peristiwa dan isu sangat lemah di kalangan mereka.

“Ini semua adalah kerana penyakit wahan atau hilangnya roh keberanian, kemarahan dari jihad menghadapi musuh.

“Tanpa curiga dan benci kepada musuh Allah, seorang muslim akan kehilangan semua itu. Paling terhina apabila ‘sibghah’ sebagai seorang muslim hilang,” kata Dr. Aziz Jamaludin. – SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button