Nasionalpilihan

Harga sayur-sayuran di Melaka tidak ada kenaikan

HARGA sayur-sayuran di Melaka tidak mengalami sebarang kenaikan harga yang melambung tinggi kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar.

Menurutnya, Melaka adalah salah satu antara negeri yang paling murah harga bahan itu di pasaran berbanding beberapa negeri lain.

Beliau berkata, harga bahan itu dikesan turun sebanyak 10 peratus daripada harga siling sejak awal bulan ini.

Katanya, sayur-sayuran yang dikesan mengalami penurunan harga ialah kubis, kacang panjang, timun, sawi, kangkong, tomato dan sebagainya.

“Melaka adalah salah satu negeri antara yang paling murah harga sayur-sayuran di pasaran jika hendak dibandingkan dengan beberapa negeri lain.

“Ini menunjukkan kita dapat menampung bekalan dan permintaan pengguna di negeri ini.

“Harga sayur-sayuran menjadi lebih stabil susulan cuaca kemarau menyebabkan pengeluaran meningkat berbanding permintaan,” ujarnya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), Hari Raya Puasa 2023 di sebuah pasaraya di Bertam di sini hari ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Alex Seah Shoo Chin bersama timbalannya, Tuminah Kadi.

Norena berkata, di Melaka tidak timbul isu kenaikan harga sayur-sayuran yang menjadi bebanan kepada pengguna terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Jelasnya, antara faktor menyebabkan harga sayur-sayuran kekal stabil susulan lawatan KPDN negeri bertemu pengusaha pekebun sayur di Cameron Highlands baru-baru ini.

“Kita buat lawatan mengejut ke Cameron Highlands adalah bertujuan mengkaji corak pengeluaranmsayur-sayuran yang dihantar ke Melaka,” ujarnya.

Katanya, susulan daripada lawatan tersebut harga sayur-sayuran yang datang dari kawasan tersebut tidak mengalami sebarang kenaikan harga hingga membebankan pengguna. – SM

Artikel berkaitan > KPDN Melaka lupuskan kasut tiruan bernilai RM85,710

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button