Auto TravelBerita Auto

Melaka akan buka lebih banyak tapak caravan

KERAJAAN negeri akan membina lebih banyak lagi tapak khas untuk kenderaan rekreasi (RV) terutama dalam usaha menarik lebih ramai pemilik dan pengembara campervan beriadah ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, beberapa lokasi terbaik sedang dikenal pasti terutama di sepanjang kawasan pantai dari Tanjung Bidara hingga ke Sungai Kesang.

Menurutnya, kajian teliti sedang diusahakan oleh kerajaan negeri dalam mengenal pasti tapak caravan untuk dibangunkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, surau, tempat barbeku, tandas awam dan sebagainya.

Beliau berkata, campervan ini merupakan satu perkelahan yang menggunakan kos paling rendah, selain memberi daya tarikan baharu kepada pemilik kenderaan berkenaan.

“Justeru, Melaka mengambil inisiatif untuk menarik minat lebih ramai pengembara dan pemilik campervan untuk datang sebagai pelancong serta beriadah di negeri ini.

“Perkelahan campervan ini merupakan satu tarikan baru untuk datang ke Melaka kerana mereka ini suka menggembara dan suka kehidupan out door.

“Saya difahamkan menerusi persatuan caravan Malaysia sudah ada 1,000 kenderaan RV yang bergerak di seluruh negara,” ujarnya kepada pemberita selepas perasmian Tapak Caravan di Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini malam tadi.

Ab. Rauf berkata, setakat ini sudah ada dua tapak RV iaitu di Bukit Serindit dan Paya Lebar, Masjid Tanah.

Menurutnya, kerajaan negeri akan menawarkan dan menyediakan lokasi terbaik bagi pengunjung sambil mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Beliau berkata, kerajaan negeri juga dalam usaha menambah baik kemudahan asas di setiap tapak campervan yang sedia ada.- SM

Artikel berkaitan > Eco-Cruise Sungai Linggi tarikan pelancong utara Melaka

 

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button