Hiburan

NIKI kisah cinta Yonnyboii dan isteri, Nina

CLICHÉ. Yonnyboii bukan satu-satunya penyanyi yang melakarkan kisah peribadinya bercinta menerusi lirik dan lagu bahkan penyanyi terdahulu sudah melakukannya.

Bezanya, penyanyi berkenaan akan berterus terang mengaku lirik dalam lagu itu adalah kisah peribadi mereka atau pun dibiarkan peminat, pendengar mahupun wartawan hiburan yang membuat kesimpulan.

Akan tetapi, bukan mahu merendahkan atau mematikan semangat Yonnyboii yang tampil dengan single baharu berjudul NIKI yang bakal dilancarkan secara digital di semua platform pada Jumaat ini, 21 Januari.

Bahkan pembikinan klip video muzik NIKKI juga telah siap dan pasangan yang baharu menempuh gerbang perkahwinan ini memberi semangat yang mana si isteri setia menunggu di set penggambaran.

Yonnyboii   yang   baharu   sahaja   melangsungkan   perkawinannya mengakui, NIKI menceritakan kisah cinta peribadinya.

Beliau berkata, NIKI mengisahkan bagaimana dia  jatuh  cinta  sehingga memberikan  dirinya  keyakinan baharu, membuat kan dirinya benar-benar rasa disayangi serta dihargai.

“Lagu ini sebenarnya mengisahkan cinta kepada isteri saya, Nina. Saya tulis lagu ini beberapa hari  sebelum  kami  bertunang  sambil  membayangkan  betapa  indahnya  hari  perkahwinan kami nanti sewaktu duduk di atas pelamin,” kata Yonnyboii.

Beliau berkata, semasa menulis lagu tersebut, dia merasakan seperti tidak percaya mereka (Nina) bakal  bertunang  dan  hari perkahwinan semakin hampir.

“Saya  telah  pun  merancang  supaya  lagu  itu  dimainkan  di majlis resepsi dan kini saya ingin kongsikannya dengan seluruh dunia,” katanya.

NIKI ciptaan sepenuhnya oleh Yonnyboii dan disusun  oleh  SeaTravel serta diterbitkan oleh SLACK bersama Yonnyboii sendiri.

Kata Yonnyboii lagi, secara peribadi, video muzik NIKI yang dihasilkan adalah agak luar biasa kerana konsepnya agak berlainan manakala temanya pula, membabitkan  beberapa  unsur  saintifik.

“Walaupun  saya  berperanan  sebagai  bintang  utama dalam video muzik ini tetapi saya mahu peminat nantikan kemunculan  seorang  bintang yang menjadi tamu istimewa dalam video muzik NIKI,” ujarnya.

Bercerita tentang pembnikinan video muzik NIKI, kata Yonnyboii, ia mengambil masa yang agak lama.

“Kami terpaksa menunggu dari pukul 11  pagi  sehingga  penggambaran  bermula  sekitar 5 petang  malah  hampir  pukul 6  petang.

“Saya berterima  kasih  kepada  isteri  saya  Nina  kerana  menemani  saya  sepanjang  penggambaran,” katanya sambil menambah, beliau berterima kasih kepada pengarah video Thaqif Saadon kerana membantunya sewaktu rakaman.

Yonnyboii berkata, beliau berharap para peminat serta pencinta muzik akan dapat menghargai seni yang dipaparkan selain rakaman yang dipersembahkan di dalam video muzik serta lagu NIKI.

NIKI bakal dilancarkan secara digital di semua platform bermula Jumaat ini, 21 Januari 2022, pukul 12 pagi.

Video  lirik NIKI  pula  akan  ditayangkan  pada  hari  yang  sama , 9  malam  manakala video muzik rasmi boleh ditonton mulai 28 Januari ini, pukul 9 malam di saluran YouTube Yonnyboii VEVO. – SM

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button