Jenayah

Bergaduh gara-gara dibaling pemadam pensil

Sekumpulan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Kempas Johor Bahru bergaduh sesama sendiri gara-gara berang dibaling pemadam pensil.

Difahamkan, pergaduhan tersebut telah mendatangkan kecederaan kepada beberapa orang murid sehingga menyebabkan mereka berlumuran darah.

Pelajar sekolah menengah cedera parah

Menurut Ketua Polis Daerah Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Sigh Mahindar Singh, kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati seseorang pelajar yang dibaling pemadam pensil oleh rakan sekelasnya pada dua hari sebelum kejadian.

“Beberapa orang pelajar juga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Cedera seperti luka di kepala, lebam pada kaki dan tangan susulan dari pergaduhan itu” katanya.

Jelasnya lagi, pergaduhan tersebut berlaku di hadapan perkarangan sekolah menengah tersebut pada petang Rabu.

Pihak Polis turut membuat beberapa tangkapan dalam kalangan pelajar terbabit dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button