Pendidikan

85,700 calon SPM akan duduki sesi kedua 5 April ini

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 29 Mac – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, seramai 85,700 calon Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang tidak dapat menduduki sesi pertama peperiksaan itu akan menduduki sesi
kedua bermula 5 April hingga 19 Mei ini.

Menurutnya, kesemua calon tersebut gagal menghadiri peperiksaan sesi pertama disebabkan jangkitan Covid-19
dan bencana banjir melanda beberapa buah negeri baru-baru ini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 84,949 pelajar akibat jangkitan Covid-19 manakala 751
terkesan akibat banjir.

Sehubungan itu jelasnya, 85,700 pelajar daripada 407,097 pelajar calon SPM akan menduduki sesi kedua bagi
beberapa kertas tertentu yang tidak dapat diduduki sama ada akibat Covid-19 atau bencana banjir.

“Pelajar terbabit telah disahkan oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan sama ada menjalani kuarantin sebagai
kontak rapat atau positif Covid-19 serta yang dilanda musibah banjir,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Pengurusan Peperiksaan
SPM 2021 di Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu di sini hari ini.

Mohd. Radzi berkata, sesi pertama peperiksaan SPM berakhir hari ini dan seramai 23,855 pemeriksa yang
telah dilantik akan memulakan tugas memeriksa kertas-kertas jawapan.

Dalam pada itu beliau berkata, seramai 3,407 daripada 13,152 pelajar di Melaka akan turut menghadiri
peperiksaan sesi kedua nanti.

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button