Nasional

Hanya yang kurang cerdik kata Chin Peng boleh balik Malaysia

KUALA LUMPUR – Pihak yang berkeras mengatakan bekas pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng atau abunya boleh dibawa pulang ke Malaysia dianggap sebagai kumpulan yang kurang cerdik.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusuff  berkata, Chin Peng telah tiga kali menggunakan saluran mahkamah untuk memohon supaya beliau dibenarkan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun semua permohonan Chin Peng itu telah ditolak oleh mahkamah.

“Siapa kata Chin Peng boleh balik ke Malaysia, dia kurang cerdik. Chin Peng sudah gunakan saluran undang-undang untuk cuba balik ke Malaysia, tetapi tiga kali dia gagal.

“Permohonan beliau di Mahkamah Tinggi ditolak pada 31 Julai 2007. Permohonan beliau di Mahkamah Rayuan juga ditolak pada 15 Mei 2008. Permohonan beliau di Mahkamah Persekutuan juga ditolak pada 30 April 2009,” kata Kamarul Zaman.

Kamarul Zaman menggulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang dilaporkan bertanya: “Kalau Chin Peng boleh balik, kenapa abunya tidak?”

Media melaporkan Abdul Rahim mempertahankan tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dengan mengatakan pemimpin komunis itu bukan lagi menjadi suatu ancaman.

Abdul Rahim memberitahu  bahawa perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) telah berakhir sejak parti itu menandatangani Perjanjian Damai dengan kerajaan di Hatyai, Thailand pada Disember 1989.

“Perjanjian tu jelas tunjukkan yang sudah tu sudahlah. “Perjanjian tu jelas tunjukkan yang sudah tu sudahlah.

“Negara kita menghadapi masa depan berdamai. Dan memang sejak benda itu ditandatangani, tidak ada langsung (ancaman komunis), kecuali you boleh semak dengan SB (cawangan khas), tunjukkan orang komunis nak tubuh parti komunis baru,” kata Abdul Rahim.

Menurut Kamarul, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman sudah mengesahkan dasar kerajaan sekarang adalah tidak berubah, iaitu melarang abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga turut  menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang.

“Masalahnya ialah negara kita ada undang-undang dan salah satu prinsip utama Rukun Negara adalah “kedaulatan undang-undang Jadi bagaimana kita nak memandai-mandai kata Chin Peng boleh balik ke Malaysia pula?

“Takkanlah mereka yang suruh biarkan dan senyapkan sahaja isu ini rela melihat undang-undang dibakulsampahkan?” tanya Kamarul Zaman.-SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button