Politik

Pelantikan Najib sebagai Pengerusi BNBBC memalukan

AHLI Parlimen Iskandar Puteri (DAP) Lim KIt Siang menyifatkan pelantikan Ahli Parlimen Pekan (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BN) sebagai mengejutkan.

Justeru Penasihat DAP itu menggesa agar Parlimen tidak mengiktiraf pelantikan tersebut kerana ia akan memalukan Parlimen Malaysia.

“Pelantikan Najib mengejutkan dan memalukan – bukti bahawa integriti awam dan anti-rasuah terjauh dari prinsip dan visi UMNO, MCA dan MIC

“Apa yang membuat pelantikan itu mengejutkan dan memalukan adalah ia berlaku tiga bulan selepas sabitan dan hukuman terhadap Najib Razak ke penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa,” kata Kit Siang.

Kit Siang menggesa, ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak memperhatikan keputusan hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menyifatkan sabitan Najib pada 28 Julai lalu sebagai kes terburuk penyalahgunaan kedudukan.

Menurutnya, pelantikan Najib sebagai Pengerusi BNBBC dan pengiktirafan Parlimen terhadap pelantikan itu bertentangan dengan tugas “menjadikan rakyat Malaysia keseluruhannya”.

Barisan Nasional (BN) telah melantik bekas Perdana Menteri itu sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC).

Pelantikan tersebut mengambil kira pengalaman Ahli Parlimen Pekan itu khususnya untuk sesi perbahasan Belanjawan 2021.

Semalam dalam satu hantaran di Facebook, Najib telah memecat Kit Siang sebagai ‘Menteri Hal Ehwal Najib’ (MenHEN).

‘Pemencatan’ itu dibuat oleh Najib berikutan Kit Siang kini tidak lagi memberi fokus terhadap isu-isu berkaitan dirinya tetapi kini beralih perhatian terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali.

“Uncle Kit Siang mengadu kenapa soalan dia berhubung Menteri PAS Khairuddin hanya diletakkan di tempat 38 daripada 41 soalan parlimen. Orang lain sibuk pasal Bajet 2021, Uncle sibuk Khairuddin.

“Sebab itu dengan dukacita saya ingin mengumumkan bahawa Kit Siang sudah dipecat dari jawatan MenHEN tetapi dilantik pula sebagai Menteri Hal Ehwal Khairuddin (MenHEK),” sindir Najib.

Najib berkata, Kit Siang mempunyai obses terhadap individu tertentu dalam tempoh tertentu.-SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button