NasionalParlimen

Penjenamaan semula “Keluarga Malaysia” telan belanja RM62 juta

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Armizan Ali mendedahkan di Dewan Rakyat hari ini, pentadbiran kerajaan pimpinan bekas perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membelanjakan RM62 juta dalam penjenamaan semula kerajaan “Keluarga Malaysia”.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, pentadbiran semasa dan dua kerajaan terdahulu membelanjakan RM62,764,107 untuk melaksanakan penjenamaan semula setakat 30 Januari lalu.

“Pentadbiran “Kerajaan Prihatin” pimpinan Muhyiddin Yassin membelanjakan RM181,752 untuk penjenamaan semula.

“Manakala pentadbiran kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membelanjakan RM489,216 untuk penjenamaan semula “Malaysia Madani”.

“Jumlah perbelanjaan adalah berdasarkan program jelajah yang dilaksanakan semasa pentadbiran perdana menteri ke-8 hingga kini,” kata Armizan menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading).

PH-Sri Gadomg ingin tahu berapa banyakkah diperuntukkan untuk penjenamaan semula dua kerajaan semasa dan lalu.

Beliau juga berkata, hanya satu program dilaksanakan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memandangkan Malaysia bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Anwar melancarkan slogan “Malaysia Madani” bertujuan untuk membawa negara ke hadapan, bulan lalu.

Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Ismail Sabri ketika menjadi Perdana Menteri Ke-9 selepas Muhyiddin memperkenalkan konsep “Keluarga Malaysia” pada Oktober 2021 yang merangkumi keterangkuman. – SM

 

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button