Rencah Hidup

Berbuka puasa di Pak John Steamboat & BBQ: Murah, sedap

DALAM diam tak diam, sudah lima bulan Pak John Steamboat & BBQ beroperasi di Tropicana Gardens Mall. Sajian untuk berbuka puasa bersama keluarga boleh dinikmati di cawangan Pak John, Tropicana yang menggantikan lokasi di e-Curve, Kota Damansara.

Dalam pasca Covid-19, pihak pengurusan Pak John Steamboat & BBQ yang diterajui oleh Chong Cheong Sung meneruskan perniagaan tanpa menoleh ke belakang.

PELBAGAI bebola disajikan di Pak John Steamboat & BBQ di Tropicana Gardens Mall.

“Ya ini lokasi terbaharu Pak John Steamboat & BBQ di Tropicana Gardens Mall. Di sini, sempena Ramadan, kita sajian sedikit kelainan.

“Selain pelanggan boleh menikmati makanan seafood steamboat, kita ada rending ayam dan kuah kacang untuk membangkitkan selera pengunjung,” katanya yang sempat meluangkan masa menyantuni pelanggan yang berbuka puasa di Pak John Steamboat & BBQ, malam tadi.

Nasi lemak dan sate juga ada di Pak John Steamboat & BBQ yang dinamakan sebagai Selera Kampung selain ada dim sum.


Menurut Cheong, pembukaan Pak John Steamboat & BBQ di Tropicana Gardens Mall bukan sahaja untuk komuniti setempat tetapi untuk semua pelanggan yang mencari sajian steamboat yang enak.

BOLEH pilih makanan laut atau seafood. Daging, kambing dan ayam juga ada dan boleh grill di Pak John Steamboat & BBQ, Tropicana Gardens Mall.

Memang benar kerana sup tomyam yang dihidangkan di Pak John Steamboat & BBQ di Tropicana Gardens Mall adalah paling sedap!

Makan boleh, membazir jangan. Itulah konsep dan peringatan yang diberi kepada pelanggan Pak John Steamboat & BBQ supaya tidak mengambil makanan yang berlebihan.

MACAM-MACAM mi ada di Pak John Steamboat & BBQ, Tropicana Gardens Mall.

“Kita mahu pelanggan gembira menikmati makanan tetapi dalam masa yang sama, jangan ambil terlalu banyak sehingga tidak termakan.

“Kita harap pelanggan ingat di bulan Ramadan, jangan membazir,” kata Cheong yang bakal membuka satu franchise Pak John Steamboat & BBQ di Kota Bahru, Kelantan.

TIDAK ketinggalan, Selera Kampung di bulan Ramadan ada disajikan di Pak John Steamboat & BBQ, Tropicana Gardens Mall.

Kapasiti Pak John Steamboat & BBQ di Tropicana Gardens Mall, kata Cheong, boleh menerima 160 pelanggan.

“Untuk harga buffet, dewasa RM61.90 manakala kanak-kanak berusia 6 tahun sehingga 12 tahun, RM31.90 dan bagi pelajar dan warga emas, hanya perlu bayar RM45.90,” katanya sambil menambah, ini adalah harga untuk berbuka puasa.

Jika hujung minggu pula, untuk dewasa, harga RM67.90, warga emas, RM59.90 dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, RM35.90, kata Cheong.

“Harga hujung minggu ini boleh makan dari waktu tengah hari (bagi bukan Islam yang tidak berpuasa) sehingga ke malam dan untuk berbuka puasa juga,” jelas Cheong.

Beliau berkata, walaupun dalam bulan Ramadan, perlu ada strategi perniagaan untuk menarik pelanggan kerana Pak John Steamboat & BBQ adalah untuk dinikmati oleh semua.

SEBAHAGIAN pelanggan yang berbuka puasa di Pak John Steamboat & BBQ, Tropicana Gardens Mall.

Buat tempahan sekarang, klik je link ini – https://wa.link/n3awgr

Untuk makluman, selain lokasi di Tropicana Gardens Mall, Pak John Steamboat & BBQ juga beroperasi di IOI Mall. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button