Belang BertempatNasional

Utamakan Markah Pada Kertas Berbanding Bakat Pelajar? Sistem Pendidikan Perlu Diubah!

Norma baharu mengubah kaedah pembelajaran daripada murid perlu menghadiri kelas di sekolah kepada duduk di hadapan gadjet dan belajar secara maya.

Meskipun ia terlihat seperti adanya evolusi boleh ditambah baik, selagi liputan internet di kawasan kampung pun sukar dibangunkan, berhentilah bermimpi.

Sama juga dengan sistem pendidikan negara yang diteruskan secara tradisi daripada seorang menteri kepada menteri baharu sehingga ke hari ini.

Kekuatan pelajar Malaysia untuk dipandang gah dari sudut global masih jauh ketinggalan kerana memang tiada apa-apa pun untuk dibanggakan.

Takkan sekadar nak bangga dengan keputusan cemerlang akademik yang ‘A’ berderet semata-mata, negara mana yang beli deretan ‘A’ tersebut?

Namun realitinya, golongan inilah yang dianggap pandai dan mereka yang dikurniakan kelebihan bakat dan kemahiran dianggap bodoh dan terkebelakang.

Sedangkan golongan yang sistem pendidikan anggap bodoh dan terkebelakang inilah mampu menghasilkan produk atau khidmat untuk dijual beli.

Produk atau khidmat yang dihasilkan memang boleh meningkatkan ekonomi jika dieksport kena negara luar dengan label ‘Made In Malaysia’.

Tetapi apa yang Malaysia ada? Hanya otak sahaja yang bersepah merata-rata sampaikan lambakan graduan terjadi dan masih tiada penyelesaian.

Kalau sistem pendidikan masih fokuskan orang yang berderet ‘A’, cubalah jual otak anak-anak kita ini. Nak tengok juga kalau ada orang sanggup beli.

Kelemahan sistem pendidikan yang tidak meletakkan pelajar berkemahiran ini di barisan hadapan punca negara Malaysia miskin kerana banyak faktor.

Antara faktor yang asas adalah orang yang berderet ‘A’ pun belum tentu reti buat mangkuk jamban apatah lagi sekecil-kecil paku atau pun sebuah rumah.

Tetapi golongan inilah yang diraikan, diberi kemewahan, segelintirnya mendapat kedudukan tertinggi dan rakyat kreatif terus dianak tirikan.

Kesannya sampai abang Jamil mampus pun Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara yang miskin produk dan terpaksa menagih produk buatan ‘Made In China’ atau ‘Made In Bangladesh’.

P/s: Penulis cuma mahu keadilan dalam sistem pendidikan ada dan jangan sampai pelajar berkemahiran ini padang pelajar berderet ‘A’ bodoh kerana nak beradaptasi dengan alam dan masyarakat pun ramai gagal!

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button