Hiburanpilihan

Benjy meninggal dunia akibat asma, dikebumikan di Indonesia esok

Pelakon popular Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim telah disahkan meninggal dunia akibat diserang asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

Sementara itu, adik Benjy, Elza Irdalynna berkata, dia dimaklumkan oleh pihak penjara Medan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi (waktu Malaysia).

“Arwah memaklumkan dia tidak bernafas akibat asma di penjara dan cuba dibawa ke hospital di sana namun tidak dapat diselamatkan.

“Arwah telah mengalami penyakit kronik asma dan penyakit paru-paru serta telah banyak kali masuk dan keluar hospital untuk tempoh beberapa tahun.

“Kami juga mengizikan pihak penjara Medan untuk mengebumikan jasad arwah di sana dan urusan pengebumian akan dijalankan esok,” katanya.

Benjy bersama dua orang adiknya Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty

Jelasnya, mereka sekeluarga sangat berterima kasih dan terharu atas bantuan serta sokongan yang telah diberi oleh semua selama ini.

Benjy merupakan anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty dan telah dipenjarakan di Penjara Tanjung Gusta, Medan Indonesia sejak 2017.

Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Allahyarham Benjy sebelum ini dikenali sebagai antara pelakon tempatan yang cukup hebat dan antara watak yang paling diingati ialah Jibek dalam drama Kerana Cintaku Saerah pada 2007. -SM

(Visited 1,601 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button