Auto Travel

Benelli BKX 250 & BKX 250 S beraksi di atas jalan raya Malaysia bermula pertengahan 2023

Berita baik untuk peminat jentera dua roda, ini kerana dikhabarkan dua model terbaharu Benelli BKX 250 dan Benelli BKX 250 S akan dilancarkan di pasaran Malaysia.

Menurut sumber, kedua-dua model berkenaan berkemungkinan besar akan dilancarkan pada suku keempat tahun 2023 ini, atau mungkin pada awal tahun 2024 akan datang.

Benelli BKX 250 dan Benelli BKX 250 S merupakan model yang sama, namun berbeza segmen. BKX 250 ialah model adventure, manakala BKX 250 S ialah model jalanan.

Kedua-duanya dikuasakan enjin 249cc (single cylinder, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft) dengan gandingan transmisi enam kelajuan.

Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 25.8hp @ 9,250rpm dengan tork setinggi 21Nm @ 8,000rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, tangki petrol hadir dengan kapasiti 13.5 liter.

Di pasaran tempatan, motosikal Benelli diedarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh dapatkan daripada wakil pengedar Benelli.

Galeri : Benelli BKX 250

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button