Politik

Sokongan dua Ahli Parlimen PKR kuatkan PN – Muhyiddin

Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti hari ini dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu.
Perkara itu disahkan oleh Muhyiddin dalam media sosialnya hari ini.
Menurut Muhyiddin, beliau telah menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Muhyiddin berkata, penyertaan kedua-dua Ahli Parlimen itu akan mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional.
“Akuan Bersumpah oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.
“Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara,” katanya.
Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong kini menjadi ahli Parlimen bebas.-SM
(Visited 556 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button