Alam SekitarEkonomi

Benarkan industri bina ladang solar di tanah terbiar kerajaan

KERAJAAN disarankan untuk membenarkan pihak industri menyewa tanah yang tidak diusahakan untuk membangunkan ladang-ladang solar bagi menjana tenaga elektrik boleh diperbaharui dan mesra alam sekitar.

Pengarahan Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Jaiya Abu berkata, banyak tanah Kerajaan Persekutuan yang berada negeri-negeri di bawah kategori tersirat yang tidak diusahakan.

“Kerajaan Persekutuan memperolehi tanah daripada Kerajaan Negeri belum dibangunkan. Tapi bila tanah ini adalah Tanah Beri Milik, Kerajaan Persekutuan masih membayar sewa kepada Kerajaan Negeri.

“Tetapi tanah-tanah yang kosong dan belum dibangunkan lagi untuk rancangan ataupun program di bawah kementerian atau jabatan berkenaan Ladang solar ini sebagai satu peluang atau punca perniagaan yang boleh memanfaatkan tanah-tanah Persekutuan yang ada,” kata Jaiya.

Beliau berkata demikan dalam sesi webrina bertajuk Pembangunan Ladang Solar di Malaysia anjuran
Kelab Pentabiran dan Pembangunan Tanah dengan kerjasama Research Group Land Universiti Teknologi Malaysia.

Turut menjadi panel dalam program yang dikendalikan oleh Dr. Aminah Mohsian itu adalah Ketua Kumpulan Penyelidikan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah Research Group Land UTM Dr. Ainur Zaireen Zainudin dan Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana Datuk Ir. Dr. Guntor Tobeng.

Webrina tersebut membincangkan keperluan dan cabaran industri ladang solar di Malaysia serta kategori tanah yang boleh dibangunkan sebagai ladang solar.

Guntor berkata, melalui pengalaman Gading Kencana yang mempunyai dua ladang solar berskala besar di Melaka dan Perak mudah untuk memulakan industri itu bermula tahun 2012.

Gading Kencana membina ladang solar di atas tanah bekas lombong yang ditukar status daripada tanah pertanian kepada industri.

Cabaran termasuk kerja-kerja kajian topografi bagi memastikan ladang solar berskala besar yang membekalkan tenaga elektik yang bersih tanpa pelepasan gas karbon itu tidak mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar.

Ladang solar berskala besar ketiga Gading Kencana di Perak yang akan memulakan pembinaan Jun ini yang pertama di bangunkan di atas air yang menggunakan konsep panel solar terapung.

“Ladang solar kita yang ketiga ada satu kawasan kolam. Ini semua tanah bekas lombong. Ada orang melombong di sini. Kita beli dan kena ubah bentuk muka bumi.

“Jadi kita ada dua ladang solar dua atas tanah dan satu lagi solar terapung. Dengan ada kemajuan seperti ini, kos yang minima untuk buat kerja-kerja tanah dapat meningkatkan nilai tanah ini pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Harta Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM Dr.Ainul Zaireeen Zainuddin berkata, tidak dapat dinafikan ladang solar memberikan banyak manfaat kepada masyarakat terutama penduduk setempat.

Isu mengenai kacau ganggu terhadap masyarakat terutama berkaitan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan dengan pembangunan ladang solar dapat dielakkan jika pihak industri mengambil langkah yang betul.

“Memang dibuktikan daripada kajian tiada kesan alam sekitar dan radiasi daripada panel solar itu. Tapi apa yang berlaku Jabatan Alam Sekita juga lakukan kajian semasa peringkat pembinaan itu.

“Inilah peranan yang dimainkan oleh indusri yang terlibat. Daripada pembentangan Datuk Guntor tadi kita dapat lihat banyak pihak terlibat dalam pembinaan ladang solar. Setiap pihak perlu memberikan input,” katanya.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kuota dan kos pemasangan panel solar yang berkualiti di bawah Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 boleh hubungi pegawai pemasaran Gading Kencana, Bell di 012-2611740. -SM

 

 

 

 

(Visited 1,536 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button