Rencah Hidup

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis berkenan ke apresiasi Pameran Rahsia Kebaya

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri majlis apresiasi sempena ‘Pameran Rahsia Kebaya’ anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) di Lobi Kaca, Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur, petang semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen tertarik melihat Pameran Rahsia Kebaya anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi JMM di Lobi Kaca, Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur, petang semalam.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman), Jabatan Muzium Malaysia, Mohd Razaimi Hamat dan Pengarah Muzium Tekstil Negara Tengku Intan Rahimah Tengku Mat Saman.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof yang menyampaikan sijil penghargaan kepada 11 penerima di kalangan rakan kerjasama Pameran yang dibuka kepada orang ramai sejak 19 Oktober lalu hingga 31 Disember ini.

Raja Muda dan Raja Puan Muda berkenan menyempurnakan simbolik perasmian majlis apresiasi itu dengan mengenakan kerongsang pada baju kebaya bagi melengkapkan aksesori pemakaiannya.

Antara tumpuan utama ialah Kebaya Perlis terbesar setinggi 10 meter dan Kebaya Che Menjalara yang sudah berusia sembilan abad.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan Azman (tengah) dan Mohd Rozaimi pada majlis apresiasi sempena Pameran Rahsia Kebaya anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi JMM di Lobi Kaca, Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur, petang semalam.

Diadakan juga ialah peragaan koleksi termasuklah Baju Kebaya Labuh, Baju Kebaya Separuh Labuh dan juga Baju Kebaya Moden.

Dalam ucapan alu-aluan beliau Mohd Razaimi memaklumkan kepada Raja Muda bahawa majlis ini diadakan sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada rakan kerjasama Pameran Rahsia Kebaya termasuk Istana-istana Negeri, Agensi persekutuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan muzium persendirian.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan barisan pengurusan dan petugas majlis apresiasi sempena ‘Pameran Rahsia Kebaya’ anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi JMM di Lobi Kaca, Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut beliau, ‘Pameran yang diadakan di Muzium Tekstil Negara itu juga ialah bagi menggalakkan kerjasama antara pemain industri khususnya dalam memperkuatkan jaringan kerjasama strategik pameran ini.

Selain membantu dalam pembangunan dan peningkatan dasar, peranan, fungsi dan misi Jabatan Muzium Malaysia’.

‘Pameran itu juga mempamerkan keunikan, keanggunan dan busana kebaya yang menjadi identiti nasional rakyat Malaysia.

Turut diperagakan dalam pameran ini adalah koleksi peribadi kebaya Selangor milik Tengku Permaisuri Selangor, kebaya Perlis koleksi peribadi Raja Puan Muda Perlis, dan kebaya labuh milik Almarhumah Tuanku Ampuan Najihah’.

Penganjuran majlis ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama strategik dalam usaha mengangkat, memelihara dan memulihara warisan tekstil di Malaysia.

Di akhir program Baginda berdua turut berkenan berangkat ke Pameran Rahsia Kebaya tersebut di Galeri Siandra Aras 1 bangunan itu dan turut menandatangani buku pelawat. – SM

BACA 2,048 mahasiswa UniMAP bertuah bertemu Raja Muda, Raja Puan Muda

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button