Ekonomi

Ekonomi negara perlukan strategi – Muhyiddin

Analisis sahaja tidak mencukupi

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ekonomi Malaysia telah mengharungi tsunami pandemik Covid-19 tahun lepas dengan menyaksikan penguncupan ekonomi sebanyak 4.7%.

Beliau berkata,  pada Julai tahun lepas, ekonomi menunjukkan pertumbuhan sebanyak 7.6% disebabkan pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional.

“Ini adalah perlu untuk meredakan kesan buruk daripada pelbagai penutupan sektor yang telah menghalang perniagaan dan risiko kejatuhan ekonomi sepanjang pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Forum Forum Ekonomi dan Strategik 2022 yang mana penganjuran forum itu bertujuan meramal prospek dan prestasi ekonomi Malaysia dan serantau oleh pakar-pakar ekonomi.

Beliau berkata, di sebalik kesukaran yang dihadapi negara pada tahun lepas dengan kesan berterusan daripada pandemik Covid-19, Malaysia telah membuktikan bahawa ia kekal sebagai destinasi menarik untuk pelaburan.

Jelas beliau, ia menunjukkan perkembangan positif dengan sejumlah RM177.8 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama dalam tiga suku pertama 2021.

“Adalah ketara bahawa ini adalah peningkatan 51.5% yang memberangsangkan berbanding tempoh yang sama pada 2020 dan dijangka menjana 79,899 pekerjaan.

“Oleh itu, forum yang diadakan ini, kita amat berminat untuk mendengar pendapat pakar bebas mengenai kemajuan pemulihan ekonomi serta apa lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata, kita perlu berusaha ke arah pembangunan ekonomi dan menduduki  tempat pertama dengan memupuk kemakmuran bersama yang boleh dikongsi serta dinikmati antara satu sama lain.

Kata Muhyiddin lagi, dalam masa pemulihan dan pembinaan semula ekonomi, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri dan memikirkan kekayaan kita sendiri.

Sebaliknya, ujar beliau, kita perlu mengambil kira bagaimana perkembangan ekonomi yang boleh dilakukan tanpa menyebabkan orang lain ketinggalan.

“Saya ingin tekankan di sini bahawa analisis sahaja tidak mencukupi tanpa strategi yang betul.

“Strategi sedemikian memerlukan perancangan dan kepimpinan yang baik, berpunca daripada kecekapan,” ujarnya.

Sebagai peneraju dalam bidang perniagaan, kata Muhyiddin lagi, adalah menjadi tanggungjawab kementerian, agensi, institusi akademik dan bentuk organisasi lain dalam memastikan usaha pembangunan ekonomi dipetakan dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh untuk manfaat rakyat. – SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button