Nasional

Utusan Malaysia terbit semula tidak lama lagi

SELEPAS lebih lima bulan berehat, akhbar Utusan Malaysia dijangka kembali diterbitkan bermula awal Mei tahun ini.

Bagaimanapun, surat khabar Melayu tertua berusia 80 tahun itu tidak lagi diterbitkan oleh Utusan Melayu.

Sebaliknya bakal diterbitkan oleh Media Mulia Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang dikatakan milik tokoh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

Menurut sumber, Utusan Malaysia akan diterbit sebumbung dengan surat khabar Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times di Balai Berita New Straits Times Press (NSTP), Bangsar.

Katanya, sebuah ruang tingkat dua bangunan itu digunakan kumpulan editorial akhbar itu sebagai pejabat.

Namun, ruang berkenaan hanya boleh digunakan apabila selesai melalui proses pengubahsuaian yang dijangka bermula selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

[BACA ARTIKEL] Utusan Malaysia akan dilancar semula pada Februari – Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Dosa Maszlee kepada kakitangan Utusan Melayu – Suara Merdeka

Pengurusan baharu

Dalam pada itu, akhbar berkenaan dilapor bakal dikemudi oleh dua orang bekas Pengarang Kanan dan seorang bekas Pengarang Berita yang sudahpun mula memasuki pejabat.

Bagaimanapun, sumber turut memaklumkan senarai yang dikemukakan oleh kepimpinan editorial lama akhbar tersebut tidak akan digunakan.

Sebaliknya, Pengarang yang baharu akan membuat pemilihan dan lantikan bagi jawatan Pengarang Berita dan Penolong Pengarang Berita.

Sementara jawatan wartawan pula dilapor dibuka kepada umum.

“Terdapat dua jenis senarai pekerja yang dikatakan akan diserap iaitu senarai asal dan alternatif.

“Bagaimanapun kedua-dua senarai itu tidak akan digunakan. Pengarang akan membuat pemilihan berdasarkan beberapa kriteria ditetapkan,” katanya.

[BACA ARTIKEL] Doktor sayu hati lihat nasib wartawan Utusan Malaysia – Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Mampukah Utusan 2.0 bertahan? – Suara Merdeka

Ditanya mengenai penerbitan online, sumber memberitahu penerbitan baharu akan memfokuskan kepada pencetakan.

“Pengurusan baharu tidak mempunyai perancangan untuk meneruskan Utusan Online dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, hanya penerbitan bercetak sahaja sedang diusahakan dan dijangka mula menemui pembaca pada awal Mei nanti,” jelasnya.

Tutup syarikat

Tahun lalu, Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) membuat keputusan menutup operasinya pada 9 Oktober.

Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, keputusan tersebut diambil apabila kewangan syarikat yang kritikal dan tidak mampu meneruskan operasi.

Keputusan tersebut menyebabkan lebih 700 kakitangan kehilangan pekerjaan apabila masing-masing menerima notis perkhidmatan berakhir pada 31 Oktober 2019.

[BACA ARTIKEL] Tiada yang pasti buat kakitangan Utusan – Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Soroton 2019: Tutupnya Utusan, lahirnya Suara Merdeka – Suara Merdeka

Terdahulu, UMMB melaksanakan program skim pemisahan sukarela (VSS) melibatkan seramai 815 pekerja.

Bagaimanapun pelaksanaan skim berkenaan gagal menstabilkan kewangan syarikat. – SM

(Visited 935 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button