Nasional

Beku lesen minuman keras dikhuatiri tingkat penagihan dadah

AHLI Parlimen PKR M Karupaiya melahirkan kebimbangan terhadap cadangan mengharamkan atau membekukan lesen minuman keras.

Menurutnya cadangan tersebut dikhuatiri akan menyebabkan mereka yang ketagihan minuman keras beralih kepada alternatif lain seperti penagihan dadah.

Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, cadangan mengharamkan atau membekukan lesen minuman keras tidak akan menyelesaikan isu yang ditimbulkan oleh pemandu mabuk.

“Kini ramai telah ketagih kepada arak. Sekiranya, kita melarang penjualannya mungkin mereka akan mencari alternatif seperti dadah atau pun arak murah

“Kemungkinan cadangan tergesa-gesa ini mengakibatkan lebih ramai rakyat Malaysia ketagih kepada dadah sekiranya penjualan arak dilarang secara besar-besaran,” kata anggota parlimen PKR itu kepada Malaysiakini.

Karupaiya mencadangkan syarat ketat dikenakan terhadap premis yang menjual minuman keras termasuk waktu terhad menjual arak di kawasan yang mempunyai kelab malam dan pusat hiburan yang banyak.

Beliau turut menyokong hukuman yang lebih keras dalam menangani isu pemandu mabuk yang disifatkan sebagai tidak boleh dikompormi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin sebelum ini berkata, sedia untuk menimbang cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak.

Ini berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.

Zuraida berkata, sebarang keputusan berkaitan undang-undang berhubung penjualan arak perlu dibuat secara teliti kerana ia membabitkan jangka panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.-SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button