Hiburan

Bella Astillah dihentam kerana pakai kebaya pramugari MAS

SUDAH banyak kali sebenarnya golongan selebriti dihentam kerana memakai uniform pekerjaan terutamanya yang melibatkan pasukan keselamatan.

Bagi mereka, selebriti tidak sesuatu memperagakan baju milik pasukan beruniform hanya kerana mahu nampak segak dalam gambar dan sebagainya.

Apatah lagi bagi mereka yang ingin menyarung dan miliki baju itu perlu menjalani latihan yang ketat dalam tempoh masa yang lama.

Terbaharu, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah pula dikritik kerana memakai uniform syarikat penerbangan tempatan dalam satu majlis sambutan hari jadi.

Difahamkan, Bella sebenarnya menggayakan pakaian tersebut bagi mengikut tema sambutan hari lahir seorang daripada ahli keluarganya.

Namun, terdapat netizen yang mengecam tindakan isteri kepada Aliff Aziz itu kerana tidak sensitif dengan etika pemakaian uniform pramugasi milik MAS.

Kecaman tersebut telah dibuat oleh seorang individu yang juga pemilik akaun Instagram yang menggunakan nama @Fizakamaruzzaman yang juga dipercayai seorang pramugari.

“Dia ni pasal apa dok kemaruk pakai uniform MAB neh..? Orang susah payah terjun masuk kolam, belajar padam api, belajar CPR.

“Buat macam-macam exam sebab nak pakai uniform neh. Ko senang-senang nak fefeeling gini.. Apoooooo….,” luahnya menerusi Insta Story.

Malah, ada juga netizen yang berkata uniform tersebut tidak boleh digayakan sesuka hati.

Bagi mereka, pramugari hanya dibenarkan memakai pakaian tersebut ketika ingin pergi kerja atau pulang ke rumah sahaja.

Selain daripada dua lokasi itu, pramugari hendaklah menukar pakaian ke pakaian biasa sebelum menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya.

Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat Bella. Setakat ini, Bella tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan tuduhan tersebut. -SM

(Visited 1,068 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button