NasionalPolitik

Beli vaksin Covid-19, jangan curi duit rakyat – Syed Shahriman (Putra)

NAIB Ketua Wira Putra Malaysia (Putra) Syed Mohd. Shahriman Syed Badrishah berpendapat, kos pembelian vaksin Covid-19 yang diumumkan Kerajaan Pakatan Nasional (PN) umpama satu cubaan ‘mencuri’ duit rakyat.

Beliau berpendapat demikian berikutan pendedahan dari Menteri Belgium berkenaan perincian kos pembelian vaksin seperti yang dilaporkan dalam akhbar Berita Harian.

“Wira Putra Malaysia mohon penjelasan kenapa kerajaan Malaysia membelanjakan RM3 billion untuk hanya 10 juta vaksin sedangkan kerajaan Belgium boleh membelanjakan lebih kurang RM1.38 billion untuk 33 juta Vaksin?” soalnya.

Beliau berkata, Wira Putra Malaysia melihat terdapat kecurigaan di dalam proses pembelian vaksin ini kerana margin pembelian oleh kerajaan Malaysia berbanding kerajaan Belgium sangat ketara iaitu sebanyak lebih kurang RM2.62 billion yang mana jumlah tersebut tidak logik jika melibatkan kos tambahan seperti kos penghantaran, kos penyimpanan dan kos lain-lain.

“Wira Putra Malaysia menggesa agar siasatan yang terperinci dilakukan terhadap proses pembelian vaksin ini dan diaudit sepenuhnya oleh PAC.

“Pihak kami juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan ‘bipartisan committee’ yang turut melibatkan Ahli Parlimen pembangkang bagi menimbal balik keputusan kerajaan dalam proses pembelian vaksin ini agar proses pembelian dapat dijalankan secara telus tanpa sebarang ketirisan wang rakyat,” tegasnya.

Secara dasar, beliau berkata, pembelian vaksin Covid-19 amatlah penting untuk rakyat Malaysia dalam menangani masalah pandemik ini yang melanda negara hampir setahun.

Beliau berkata, pembelian vaksin ini dilihat sebagai jalan penyelesaian yang paling diharapkan oleh rakyat negara ini.

Sehubungan itu, tegas beliau, janganlah kerajaan PN mengambil kesempatan dalam keadaan rakyat berharap dan menantikan vaksin untuk membendung penularan Covid-19.

“Wira Putra Malaysia mengecam sekeras-kerasnya jika ada penyalahgunaan dana pembelian vaksin Covid-19 ini dan akan terus memantau sehingga proses pembelian vaksin ini berjalan dengan sempurna,” ujar Syed Mohd. Shahriman. – SM

 

(Visited 674 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button