Politik

“Buat malu” UMNO bertanding di tiga negeri PN-Shahidan

KEPUTUSAN UMNO bertanding di tiga negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah disifatkan sebagai satu tindakan sia-sia dan “buat malu” sahaja, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, tiga negeri tersebut adalah lubuk Perikatan Nasional (PN).

Justeru walaupun pelbagai formula dibuat, kebarangkalian UMNO kalah adalah tinggi kerana pengikut parti itu sendiri sudah beralih arah, kata Shahidan

“Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah lubuk PN. UMNO nak bertanding buat apa? Bertanding pun kalah, buat malu saja, nanti hilang benih.

“Walaupun dia buat formula, UMNO campur PH (Pakatan Harapan) maka jumlahnya dia menang tapi dia lupa orang UMNO bagi (undi) masa tu, masa dia kata ‘No Anwar No DAP’ tapi sekarang, dia duduk dengan DAP dan orang UMNO tak setuju,” kata Shahidan seperti mana dilaporkan akhbar arus perdana, Berita Harian.

Shahidan berkata demikian pada sidang media selepas program pentas alternatif rakyat Parlimen Pengkalan Chepa di Dataran Kijang, Pasar Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, Shahidan menyifatkan keputusan MCA dan MIC tidak bertanding dalam PRN adalah doa yang termakbul untuk UMNO bergerak secara solo.

Rabu lalu, MCA menerusi kenyataan Setiausaha Agung parti, Chong Sin Woon memaklumkan, parti itu tidak akan bertanding pada PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini, sebaliknya mahu menumpukan kepada persediaan menghadapi PRU16.

MIC pula pada hari sama menerusi Setiausaha Agung RT Rajasekaran turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN selepas meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC). –  SM

BACA MCA tak bertanding PRN di enam negeri

BACA Masyarakat Cina benci kerjasama MCA-UMNO

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button