NegeriPendidikanRencah Hidup

Titian Kasih Mega 2023 di 12 sekolah berakhir Oktober lalu

PENGANJURAN Program Titian Kasih Mega 2023 yang melibatkan 12 sekolah menengah di sekitar kawasan dalam Parlimen Kangar telah berakhir pada Oktober lalu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga YTSP Perlis Kali ke-35 Bilangan 1 Tahun 2023 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah dimulakan di Perlis sejak lebih sedekad yang lalu secara fizikal namun terpaksa ditangguhkan semasa Covid-19 melanda dunia dan telah kembali dijalankan semula dengan jayanya secara fizikal bermula tahun ini.

Demikian dibentangkan oleh Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Darus dalam laporan tahunan pada Mesyuarat Lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis Kali ke-35 Bilangan 1 Tahun 2023 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga YTSP Perlis Kali ke-35 Bilangan 1 Tahun 2023 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Johari, matlamat utama program yang melibatkan keberangkatan Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat negeri Perlis yang bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan.

Ianya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 3 bagi setiap sekolah dalam kawasan Kangar pada tahun ini.

Program ini juga bukan sekadar memberi ilmu, tetapi pengalaman kepada para pelajar dalam menimba ilmu kehidupan.

Mesyuarat Lembaga YTSP Perlis Kali ke-35 Bilangan 1 Tahun 2023 diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Dalam membentuk modal insan kelas pertama, pelajar perlu menguasai pengetahuan am yang merangkumi ilmu tentang negeri sendiri, isu-isu semasa, budaya dan kearifan tempatan, mengetahui bahasa asing dan menerapkan sikap suka membaca,” jelas beliau. – SM

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button