HiburanUncategorized

Ugutan video seks punca Goo Hara bunuh diri

MAHKAMAH di Korea Selatan baru-baru ini memutuskan supaya bekas kekasih kepada bintang K-Pop, mendiang Goo Hara dikenakan hukuman penjara setahun.

Hukuman itu dikenakan terhadap Choi Jong Bum kerana cuma melakukan peras ugut untuk menyebarkan video seksnya bersama Goo Hara.

Sebelum meninggal dunia pada 24 November lalu, Hara pernah mengatakan kepada media bahwa Choi mengancam akan membocorkan video seks mereka.

goo hara
Goo Hara bersama bekas kekasihnya, Choi Jong Bum.

“Hubungan seksual adalah sesuatu yang sangat peribadi. Mengugut untuk menyebarkan video tersebut akan memberi kesan mendalam kepada reputasi dan diri mangsa.

“Apatah lagi mangsa adalah seorang selebriti terkanal, tertuduh sendiri menyedari yang tindakan tersebut (sebarkan video) adalah sesuatu yang sangat serius.

“Dan dia (tertuduh) juga menggunakan kesempatan itu untuk mengugut mangsa,” kata mahkamah.

Namun, pihak mahkamah mengatakan yang tidak ada cukup bukti bahawa Hara sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan merakam video intim tersebut.

BACA> Chris Hemsworth teruja jadi Hulk Hogan

Sementara itu, Ho In yang juga saudara kepada Hara berkata, hukuman yang diberikan terhadap suspek adalah sangat ringat.

“Memang saya lega kerana dia akhirnya menerima hukuman penjara.

“Namun fakta yang mengatakan dia tidak terbukti bersalah kerana merakam video seks secara haram dan dikenakan hukuman penjara setahun dirasakan seperti tidak adil,” katanya.

Hara sebelum ini pernah menjadi ahli kumpulan Kara bersama tiga yang lain iaitu Park Gyuri, Han Seungyeon dan Heo Youngji.

BACA> “To’ki yang buang isteri, anak-anak” – Noor Hidayah

Kumpulan itu tidak hanya popular di Korea Selatan, tetapi juga cukup dikenali di Jepun dan sempat mengeluarkan beberapa lagu dalam bahasa Jepun.

Bagaimanapun, kumpulan yang ditubuhkan pada 2007 itu akhirnya dibubarkan pada 2016 selepas kontrak mereka bersama agensi tamat. -SM

(Visited 765 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button