Luar Negara

Gempa bumi di Jepun, amaran Tsunami dikeluarkan

GEMPA bumi yang berkekuatan 7.5 magnitud dilapor telah menggegarkan bahagian tengah Jepun semalam sekali gus mencetuskan amaran tsunami.

Menurut Akhbar The Japan Times, pihak berkuasa Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami dan menggesa orang ramai untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Amaran Gempa Bumi Jepun

Sementara itu, Badan Penyiaran Jepun NHK melaporkan amaran tsunami telah dikeluarkan untuk wilayah Ishikawa, Niigata, Toyama, Yamagata, Fukui dan Hyogo di sepanjang pantai Laut Jepun.

‘’Semua penduduk mesti berpindah segera ke tempat yang lebih tinggi,” kata NHK selepas gempa bumi melanda wilayah Noto di Ishikawa sekitar jam 4.10 petang waktu tempatan.

Dalam pada itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii memberi amaran bahawa ombak tsunami berbahaya mungkin berlaku dalam jarak 300 kilometer (190 batu) dari pusat gempa di sepanjang pantai Jepun.

Tsunami setinggi 1.2 meter disahkan telah tiba di bandar Wajima di wilayah Ishikawa.
Bagaimanapun, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata tsunami yang lebih tinggi iaitu setinggi lima meter dijangka akan melanda Noto, di wilayah yang sama.

Menurut JMANoto yang terletak di sebelah Laut Jepun di pulau utama Honshu mengalami gegaran berturut-turut bermula dengan gegaran 5.7 magnitud pada 4.06 petang waktu tempatan.

Ini diikuti dengan gempa bumi 7.6 magnitud pada 4.10 petang, 6.1 magnitud pada 4.18 petang, 4.5 magnitud pada 4.23 petang (waktuk tempatan).

Artikle Berkaitan :>

Gempa bumi gegarkan Maghribi, kematian meningkat kepada 820 mangsa

Empat maut, 70 cedera dalam gempa bumi di Afghanistan

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button