Nasional

Belanjawan 2021: Apa suara hati rakyat?

BELANJAWAN 2021 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pastinya akan menjadi tumpuan.

Belanjawan yang bermula pada pukul 4 petang ini dianggap sangat penting oleh banyak pihak berikutan kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Mereka ingin tahu bagaimana Belanjawan itu boleh membantu rakyat yang hilang pekerjaan dan perniagaan yang mungkin ditutup selepas sektor ekonomi terjejas teruk di seluruh dunia.

Bermula pukul 11.30 pagi ini Suara Merdeka menjemput enam tetamu dari pelbagai latarbelakang untuk membincangkan kesan Covid-19 ke atas pekerjaan, pendapatan, perniagaan, kualiti kehidupan dan peluang dalam era Covid-19.

Tetamu pertama, Naim Sauqy akan muncul secara langsung di Facebook Suara Merdeka pada pukul 11.30 pagi.


Beliau yang merupakan pengusaha agensi umrah terjejas teruk selepas sempadan negara ditutup. Tanpa peniagaan beliau kini hanya bertahan dengan perniagaan cili yang ditanamnya secara fertigasi.

Pada pukul 12.00 tengah hari, bekas wartawan Utusan Muahammad Basir Abu Bakar akan menceritakan bagaimana beliau mengharungi kehidupan selepas dia dan isterinya kehilangan pekerjaan ketika Covid-19 mula melanda hujung tahun lalu.

Bekas setiausaha agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) itu kini memulakan perniagaan burger bersama isterinya yang juga bekas jurufoto Utusan.

Tepat pukul 12.30 tengah hari, Yang Dipertua Dewan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur Samsuddin Mohd. Fauzi akan tampil membicarakan keluhan pengguna yang terbeban kerana kehilangan pendapatan.

Samsuddin akan berkongsi apa yang diperlukan oleh pengguna dalam Belanjawan 2021 untuk memastikan mereka survive sehingga Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

Bicara Belanjawan 2021 berehat dari pukul 1 tengah hari hingga 2 petang bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Pada pukul 2 petang Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana Datuk Ir. Guntor Tobeng berkongsi pengalaman bagaimana syarikat berhadapan dengan Covid-19 ketika ekonomi tidak berapa stabil.

Ahli Perniagaan yang memiliki dua ladang solar berskala besar di Malaysia itu juga akan berkongsi pandangan bagaimana teknologi hijau boleh mencipta peluang pekerjaan di tengah-tengah penganguran meningkat.

Pada pukul 2.30 petang Ahli Perniagaan Datuk Noordin Abas turut muncul menjadi tetamu. Beliau juga akan memberi pandangan dari sudut kaca mata masyarakat perniagaan apa yang diperlukan oleh mereka dalam Belanjawan 2021 nanti.

Bicara Belanjawan 2021 berehat dari pukul 3 petang hingga 5.30 petang bagi memberi laluan kepada pembentangan Belanjawan 2021.

Program bicara akan ditutup pada pukul 5.30 dengan analisis dari pemerhati politik dan sosial Prof. Datuk Dr. Mohd. Zainul Fitri Othman.

Beliau akan menilai sejauhmana Belanjawan 2021 dapat membantu masyarakan dan ekonomi mengharungi kesan yang ditimbulkan dari pandemik Covid-19.

Bicara Belanjawan 2021 ini adakan dihoskan secara bergilir-gilir oleh wartawan Suara Mereka iaitu Borhan Abu Samah, Hasnurul Mohamed, Khairulanuar Yahaya dan Mohamad Athir Ismail.-SM

 

(Visited 114 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button