Politik

Belanjawan 2021: PH masih ada agenda politik?

PIMPINAN dalam komponen Parti Pakatan Harapan (PH) dilihat masih meletakkan kepentingan parti politik masing-masing berhubung sokongan terhadap Belanjawan 2021.

Mereka seperti masih merencanakan agenda politik masing-masing dalam memastikan sokongan diberikan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk meluluskannya.

Sedangkan ketika ini, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan tersebut adalah diperlukan dalam memastikan negara dan rakyat dapat terus berhadapan krisis pandemik Koronavirus (Covid-19).

Justeru, PH perlu menyatakan sokongan terhadap belanjawan yang benar-benar memberi faedah secara terus kepada rakyat dan negara.

Tanpa meletakkan sebarang tekanan lain termasuklah menghentikan sebarang bentuk permainan politik demi memastikan kestabilan negara dan kebajikan rakyat terjamin.

Hal demikian dapat dilihat apabila, pimpinan PH masih lagi berteka-teki terhadap sokongan yang akan diberikan menjelang pembentangan Belanjawan pada 6 November nanti.

“Esok kita buat keputusan dalan mesyuarat PH. Esoklah kita buat keputusan. Berbagai perkara apa saja di bawah langit, under the sky.”

Demikian jawapan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, memtik laporan portal Malaysiakini ketika beliau berada di ibu pejabat Parti Amanah Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri yang juga merupakan veteran DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perjanjian.

Perjanjian yang dimaksudkan adalah ‘keyakinan dan pembekalan’ dengan pembangkang.

Menurutnya, perjanjian tersebut digunakan dalam sistem parlimen Westminster yang bermaksud sesebuah parti atau Ahli Parlimen bersetuju menyokong undi percaya atau RUU sedia ada.

Sama ada dengan pengundian memihak kepada dasar tersebut ataupun mengecualikan diri.

Namun kaedah tersebut berbeza dengan sistem Parlimen di negara ini yang menggabungkan parti pemerintah, sementara setiap Ahli Parlimen perlu mengundi kerajaan untuk meluluskan RUU.

Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, sokongan yang hendak diberikan kepada Belanjawan 2021 mestilah memperlihatkan pembangkang berperanan untuk merancang strategi bagi menangani wabak Covid-19.

“Bersabit dengan Belanjawan 2021 yang akan dibentang kelak, ia harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan).

“Yakni kerajaan dan pembangkang dalam merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik COVID- 19, pengangguran dan juga masalah kemiskinan,” katanya semalam.

Anwar dalam satu kenyataan menegaskan PKR akan meneruskan agenda reformasi termasuk menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Bagaimanapun, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berpandangan sebaliknya dengan menyeru semua parti bekerjasama untuk menyokong Belanjawan 2021.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tadi menasihatkan Ahli Dewan Rakyat memberi sokongan kepada Belanjawan 2021.

Baginda juga dilaporkan bertitah supaya keutamaan diberikan kepada kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

Al Sultan Abdullah turut mengingatkan Ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa sengketa politik untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara dan seluruh rakyat akan menjadi mangsa. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button