Rencah Hidup

OKU, anak JKM hasilkan PPE untuk barisan hadapan

KEKURANGAN dan kelemahan tidak membatasi warga orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu negara memerangi penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Sebagai menyokong pasukan barisan hadapan, JKM dengan kerjasama agensi kerajaan berkaitan membuat kelengkapan perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan kakitangan kesihatan.

[BACA] 13 pusat akademi penjara menjadi pusat tahanan pesalah PKP — Suara Merdeka

Sikap mereka ini wajar dicontohi walaupun serba kekurangan tetapi berjiwa besar untuk membantu negara berhadapan dengan pandemik.

Justeru, masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan, mereka mengabil inisiatif menjadi tulang belakang kepada pasukan kesihatan.

Dua lokasi dipilih JKM bagi memberi peluang kepada OKU dan anak-anak jagaan mereka membantu menghasilkan peralatan PPE iaitu di Bengkel Jahitan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor dan Bengkel Jahitan Asrama Akhlak Perempuan Jitra, Kedah.

Di PLPP Bangi, OKU dan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan, pelajar dan penghuni kuarters di sana.

Mereka mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat Selangor.

[BACA] Jangan aniaya pekerja perkhidmatan penghantaran makanan — Suara Merdeka
[BACA] Harumanis hadiah istimewa hargai barisan hadapan COVID-19 – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Sementara di Jitra Kedah pula, seramai enam penghuni asrama terlibat yang diketuai oleh Nazrah Yahya bekerjasama dengan Institut Kemahihan Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah.

Produk PPE yang dihasilkan akan memenuhi keperluan kakitangan kesihatan di daerah masing-masing iaitu Jitra, Kedah dan Hulu Langt, Selangor.

Menurut JKM, di Selangor, penghasilan produk PPE disasarkan kepada keperluan di tujuh buah Klinik Kesihatan di sekitar daerah Hulu Langat.

“Sumbangan yang tidak ternilai dari golongan OKU di PLPP, Bangi yang telah bersama berusaha menjahit & membekalkan pakaian PPE bagi kegunaan barisan hadapan dalam menangani penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RINA MOHD. HARUN

Inisiatif tersebut disambut baik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun yang menyifatkan usaha oleh OKU dan anak-anak jagaan JKM sebagai sumbangan kepada negara.

“Jangan tanya apa sumbangan negara kepada anda, tetapi tanyalah apa sumbangan anda kepada negara – J.F Keneddy.

“Terima kasih kepada warga OKU dan anak-anak jagaan JKM atas sumbangan anda kepada negara dalam menghadapi wabak Covid-19.

[BACA] Agong berkenan mesyuarat pra-Kabinet menerusi sidang video — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19, PKP beri rezeki berlipat ganda buat HSA Cheaper Mart — Suara Merdeka

“Kepada orang ramai, duduk di rumah juga merupakan sumbangan kepada negara,” katanya dalam Facebook hari ini. – SM

(Visited 584 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button