Rencah Hidup

Pavithra tetap Ikon Bandaraya Ipoh

YouTuber masakan sensasi, S Pavithra tetap Ikon Bandaraya Ipoh walau apapun yang melanda terhadap wanita tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh, Mohd Syahrizal Azmi berkata MBI tidak akan menarik balik anugerah yang telah diberikat kepada Pavitra.

Perkembangan terkini membabitkan wanita itu dan suaminya, M Sugu tidak akan menjejaskan status Pavithra sebagai Ikon Bandaraya Ipoh.

“Tambahan pula pengiktirafan itu untuk Pavithra sendiri. Apa sahaja masalah atau konflik berkaitan perhubungan pasangan terbabit di luar kuasa dan campur tangan MBI,” kata Mohd Syahrizal  kepada Sinar Harian.

Suami kepada Pavithra didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas dakwaan memiliki senjata berbahaya.

Tertuduh, M Sugu, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sabit sepanjang 26 inci di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, kira-kira 6 petang, Selasa lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Pada prosiding hari ini, Pavithra, 28, turut kelihatan di mahkamah. Saluran YouTube Sugu Pavitha kini mempunyai 783,000 pengikut.

Dua hari lalu media melaporkan seorang lelaki yang merupakan suami kepada pemilik akaun Youtube terkenal telah ditahan kerana menyerang isterinya.

Suspek yang berusia 29 tahun itu dikhabarkan telah bertengkar di kawasan tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

Ia dipercayai berlaku selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Kemudiannya, seorang pengawal keselamatan menerima laporan bahawa seorang lelaki dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.-SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button