BeritaNasional

Belajar Main Dron Dapat Elaun, Kalau Hebat Sikit Terus Boleh Kerja Dengan MATA Aerotech!

Ramai anak muda hari ini mula menunjukan minat untuk bermain dron namun adakah minat itu cuma kekal sebagai hobi atau boleh memberikan pendapatan yang konsisten?

Dalam masa sama, kewujudan teknologi dron telah membuktikan ia sesuatu yang penting terutamanya untuk memantau dan sebagainya dari tempat yang tinggi.

Sehubungan itu dron telah diaplikasi dalam bidang agrikultur misalnya sama ada untuk menabur racun perosak dan melakukan pemetaan kawasan dengan lebih tepat.

Melihat kepada keperluan ini, MATA Aerotech misalnya mula memperkenalkan program latihan penerbangan (ATP) dan mencari lebih ramai tenaga pakar.

Untuk mewujudkan komuniti tenaga pakar ini, ATP memberi peluang untuk generasi muda belajar mengendalikan dron dengan lebih cekap sehingga ke tahap professional.

Seorang petugas MATA Aerotech, Jurini Jukil memaklumkan, generasi muda yang berminat untuk menyertai ATP bukan sahaja berpeluang menimba ilmu malah diberi elaun.

“Program akan dijalankan dalam tempoh beberapa bulan dan bayaran elaun yang disediakan MATA Aerotech tidak mengecewakan. Sesuatu yang berbaloi.

“Sekiranya kita dikesan mahir mengendalikan dron sepanjang tempoh ATP, MATA Aerotech tidak teragak-agak untuk menyerap masuk sebagai tenaga kerja,” katanya.

Jurini berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka menerusi satu tinjauan dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Program telah berlangsung sejak 9 Disember lalu dan berakhir pada 12 Disember ini dan dalam program tersebut, banyak ruang pameran dan aktiviti disediakan.

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button