Nasional

PM pula rayu orang ramai supaya duduk di rumah

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merayu orang ramai supaya duduk di rumah bagi tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau yang menyampai perutusan khas ekoran penularan wabak COVID-19 itu menggunakan ayat mudah dan percakapan harian supaya mudah difahami orang ramai.

Tolonglah duduk di rumah. Demikian nasihat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta rakyat Malaysia untuk berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga.

“Tidak perlu keluar ke mana-mana, dengan cara ini anda terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini InsyAllah dapat dibendung.

“Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan. Bukan untuk membolehkan anda balik ke kampung, penuhi jemputan kenduri, beli belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di tempat peranginan.

“Tujuan (Perintah Kawalan Pergerakan) ialah supaya anda duduk di rumah.

“Stay at home and protect yourself dan your family (Duduk di rumah dan lindungi diri anda dan keluarga),” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen di sini, hari ini.

Muhyiddin tidak menolak kemungkinan perintah berkenaan dilanjutkan jika penularan wabak gagal dihentikan.

Selaku perdana menteri, Muhyiddin berkata, beliau mempunyai tanggungjawab yang besar, tetapi ia tidak akan berjaya tanpa kerjasama orang ramai.

Muhyiddin juga menasihatkan semua kenduri kahwin dibatalkan bagi mengelakkan perhimpunan dalam jumlah besar.

Kata beliau jangan malu untuk telefon tetamu bahawa kenduri terpaksa dibatalkan kerana wabak COVID.

Bagaimanapun katanya, nikah boleh diadakan, tetapi kenduri boleh diadakan pada waktu yang lebih sesuai apabila wabak sudah dihapuskan.

 

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button