AgamaNasionalNegeri

Bekerja, berusaha imarah bumi perintah Allah – Pemangku Raja Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bekerja dan berusaha mengimarahkan bumi merupakan salah satu daripada perintah Allah kepada manusia dalam menggalas tugas sebagai khalifah.

Sehubungan itu titah Baginda, untuk memastikan segala tugas dan tanggungjawab berkenaan dapat dilaksanakan maka sifat positif seperti amanah, dedikasi, tekun dan berhikmah merupakan elemen penting yang perlu dijunjung dalam setiap pekerjaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Sulaiman (duduk) dan peserta program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli di Kampung Chemumar, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli Khas sempena Hari Pekerja tahun 2023 Peringkat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Dua buah rumah asnaf terpilih untuk dikunjungi Baginda iaitu di Kampung Chemumar, Arau bagi menyampaikan agihan zakat MAIPs di mana masing-masing menerima RM700 tunai, sekampit beras dan kotak makanan.

Dua asnaf itu adalah Sulaiman Jusoh, 71 dan Zabedah Mat Esa, 49.

Tuanku Syed Faizuddin Putra memberikan sumbangan MAIPs kepada Zabedah di Kampung Chemumar, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Pemangku Raja Perlis merangkap Yang DiPertua MAIPs memperingatkan semua pekhidmat tersebut untuk sentiasa bekerja dengan sepenuh hati, ikhlas dan berorientasikan budaya kerja cemerlang demi memastikan setiap objektif dan matlamat organisasi dapat direalisasikan.

Untuk rekod, MAIPs telah berjaya mencapai beberapa pengiktirafan antaranya Anugerah Sijil Bersih Kewangan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan selama 10 tahun berturut-turut, selain muncul sebagai Majlis Agama Islam pertama di Malaysia yang mendapat penarafan Standards Accounting for Government Agencies (SAGA) daripada Jabatan Akauntan Negara serta Anugerah Khas Presiden daripada Malaysian Institute of Planners (MIP) baru-baru ini. – SM

BACA Kemesraan Pemangku Raja Perlis dengan rakyat dikagumi Menteri Kesihatan

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button