Nasional

Perdana Menteri ucap takziah pada keluarga Ali Hamsa

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham bekas Ketua Setiausaha Negara ke-13, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.

Ismail Sabri berkata, Allahyarham telah menabur jasa dan bakti selama berkhidmat dan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

“Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

“Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 2012 hingga 2018 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan bersama para solihin. – SM

Baca artikel ini > Tan Sri Dr. Ali Hamsa meninggal dunia

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button