fbpx
Rencah Hidup

Bekas YDP YaDIM mahu guna Twitter sampaikan ilmu

SELEPAS meletakkan jawatan sebagai Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) semalam, Nik Omar Nik Aziz akan menggunakan Twitternya bagi menyampaikan ilmu kepada generasi muda.

Anak Sulung kepada bekas mursyidur am Pas Allahyarham Nik Aziz Nik Mat itu mengakui, dia baru sahaja  mengenali dunia Twitter walaupun telah diaktifkan sejak Septermber 2019.

“Assalamualaikum, ambo baru nak mengenali dunia Twitter. Harapnya boleh menyampaikan ilmu kepada generasi muda hari ini di medium twitter ni. Salam Taaruf belake,” ciap Nik Omar.

Tempat Nik Omar yang merupakan anggota Parti Amanah Rakyat sebagai Yang Dipertua YaDIM diambil alih oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Nik Omar telah dilantik sebagai Pengerusi YaDIM pada 14 Disember 2018 bagi menggantikan Dr.Yusri Mohamad yang menamatkan tempoh jawatannya pada 31 Oktober.


Kontrak Nik Omar selama dua tahun itu sepatutnya tamat pada Disember depan.

“Terima kasih atas kerjasama dan dokongan dari semua pihak sepanjang ambo mengemudi YaDIM. Segala kekhilafan yang berlaku dalam fatrah taaruf (sua kenal) kita, harap dimaafkan.

“Alhamdulillah Maha Suci Allah atas kesempatan yang diberikan untuk menabur bakti,” kata Nik Omar di Twitternya.

Dalam ciapannya hari ini, abang kepada Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh itu turut mengingatkan pengikutnya agar mereka yang berpeluang untuk melaksanakan solat Jumaat agar menunaikannya.

“Ada peluang solat Jumaat laksanakannya, jika ada halangan dan keterbatasan inshaAllah tiada masalah.

“Yang penting kita jangan bermalasan dan beralasan sedangkan masjid sebelah bangunan pejabat atau rumah sahaja. Semoga Covid-19 berakhir ya Rabb,” ciap Nik Omar.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button