NasionalpilihanPolitik

Ab. Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat ini?

Selepas beberapa kali isu pertukaran kepimpinan Ketua Menteri Melaka bagaikan tiada kesudahannya sejak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Namun spekulasi pertukaran tersebut nampak semakin menjadi kenyataan apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal berlangsung Jumaat ini.

Ab. Rauf Yusoh bakal angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu Jumat ini?

Ab Rauf yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah akan mengangkat sumpah jawatan tersebut menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pada pukul 3.00 petang.

Ab. Rauf yang juga Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

“Saya enggan mengulas lanjut, sehingga ada maklumat selanjutnya,” katanya ringkas.

Dalam pada itu wartawan media cetak dan elektronik mula berkumpul di Seri Negeri, Ayer Keroh apabila tersebarnya maklumat melalui aplikasi WhatsApp bahawa Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung Jumaat ini.

Dalam pada itu, wartawan untuk mendapatkan respons daripada Sulaiman selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga tidak berhasil apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu enggan bertemu dengan pengamal media.

Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Nasharuddin Muhammad memaklumkan, Sulaiman tidak bersedia untuk mengulas mengenai perkara tersebut.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Bayangan pertukaran Ketua Menteri Melaka yang baharu juga ada kaitan dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dua hari lalu di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai bahawa Melaka dijangka menuju ke arah pembentukan Kerajaan Madani seperti di peringkat Persekutuan yang memperlihatkan keharmonian pelbagai agama dan bangsa.

Kenyataan itu dikatakan ada kaitan mengenai pertukaran kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Sulaiman.

Sejak selepas itu rata-rata dalam kalangan pemimpin politik mula membicarakan mengenai pertukaran tersebut dan spekulasi itu kian hangat diperkatakan hari ini.

Sementara itu pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka terus dihujani panggilan telefon bertanyakan istiadat angkat sumpah pada Jumaat ini sejak tersebarnya berita tersebut sehingga lewat petang ini. – SM

BACA Beri tumpuan tunai janji PRN Melaka – Mohd. Ali

BACA Melaka tidak rombak barisan Exco – Sulaiman Md. Ali

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button