Politik

Rasional Zahid Hamidi mengapa PRU perlu disegerakan

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempunyai sebabnya yang tersendiri apabila beliau berpendapat, Pilihan Raya Umum (PRU) perlu disegerakan.

Pertama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus perlu dominan semula dalam Kerajaan agar keputusan parti akan mendapat tindakan segera oleh Kerajaan.

Kedua, keadaan politik di negara perlu distabilkan. Supaya apabila stabil, fokus kepada Isu Rakyat boleh diutamakan. Sebagai contoh, desakan PBBM mahukan jawatan TPM, kata Zahid memberi tekanan kepada Kerajaan.

Ketiga, pertumbuhan ekonomi perlu diperkasakan. Dasar dan tindakan perlu lebih bersepadu, diperlukan untuk membawa negara keluar daripada ketidak-tentuan ekonomi. Semua ini memerlukan Kerajaan yang kuat dan stabil.

Suruhanjaya Pilihan Raya

Persoalannya, enam perkara kenapa PRU tidak perlu diadakan segera. Mari kita hadam bersama:

Zahid kata PRU perlu segera kerana UMNO perlu dominan dan menguasai Kerajaan.

Hakikatnya, UMNO hanya akan bertanding lebih kurang 120 kerusi Parlimen sahaja.

Untuk jadi dominan UMNO perlu menang 132 kerusi Parlimen iaitu majoriti 20 kerusi.

Sekiranya menang hanya dengan 115 kerusi Parlimen. Itu bukan dominan namanya. Itu majoriti tipis, majoriti 4 kerusi.

Bagaimana mahu jadi dominan kalau UMNO hanya bertanding 120 kerusi Parlimen sahaja.

Pada PRU 14 tahun 2018, UMNO bertanding 121 kerusi Patlimen dan hanya menang 54 kerusi sahaja iaitu 45% success rate.

Secara logiknya, sekiranya UMNO menang 90 kerusi daripada 120 kerusi, Ahli-Ahli UMNO perlu bertanya kepada Zahid Hamidi sama ada Presiden UMNO akan bergabung dengan Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim unruk membina satu Kerajaan Campuran yang baru ?

Ini perlu dijawab oleh Zahid sebelum Bubar Parlimen, bukan selepas PRU 15.

Jangan cuba bohong dan mengelirukan Rakyat serta Ahli-Ahli UMNO.

Rakyat perlu tahu THE END GAME ZAHID agar mudah untuk Rakyat buat pilihan pada Pilihan Raya Umum nanti.

Yang amat jelas kelihatan, ramai orang-orang Melayu tidak mahu sokong UMNO-Zahid sekiranya Zahid mahu bergabung dengan Anwar Ibrahim dan Anthony Loke.

Isu ini perlu diselesaikan dahulu sebelum UMNO menekan Perdana Menteri untuk bubarkan Parlimen.

Kedua, Zahid kata, perlu cepatkan PRU untuk stabilkan politik negara.

Saya rasa argument ini pun tidak boleh dipakai kerana jelas kelihatan Kerajaan sudah stabil dengan adanya Persefahaman MOU Politik antara Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang.

Rang Undang-undang Anti Lompat Parti diluluskan di Parlimen dengan sokongan 209 Ahli Parlimen menyokong.

Hendak stabilkan Politik macam mana lagi ?

Demand untuk jawatan TPM oleh PBBM, itu perkara biasa. Kalau PBBM tidak setuju, tarik sokongan, bubar Parlimen.

Ketiga, pertumbuhan ekonomi perlu diperkasakan dan bawa negara keluar dari ketidak-tentuan ekonomi.

Pelik bin Hairan dengan kenyataan Zahid Hamidi ini kerana ketidaktentuan ekonomi bukan sahaja berlaku di negara Malaysia. Ini phenomenal (fenomena) dunia akibat pandemik Covid-19.

Ia berlaku 100 tahun sekali apabila dunia berhadapan dengan sesuatu wabak penyakit yang serius seumpama ini.

Zahid cuba mengelirukan Rakyat dalam hal ini.

Ketika ketidaktentuan suasana politik di negara Indonesia, Indonesia dapat 3 Presiden dalam 6 tahun pemerintahan iaitu Presiden Habibie, Abdulrahman Wahid dan Megawati Soekarno Putri.

Ketidaktentu politik Negara Indonesia stabil apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dilantik menjadi Presiden Indonesia yang ke 6.

Perkara yang sama kelihatan apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.  Kestabilan politik sedikit sebanyak sudah mula kelihatan walaupun Kerajaan Ismail Sabri merupakan satu Kerajaan Campuran.

Kestabilan politik mengambil masa. Ia tidak terjadi dengan serta merta.

Walaupun Pilihan Raya Umum disegerakan, ia tidak menjamin satu parti akan dapat memerintah negara Malaysia. Kemungkinan masih perlukan gabungan beberapa parti politik untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

Inikah kestabilan yang Presiden UMNO mahukan?

Kelima, PRU tidak perlu segera buat masa ini kerana Rakyat berhadapan dengan inflasi, kenaikan kos sara hidup dan kemungkinan kegawatan ekonomi.

Kerajaan Keluarga Malaysia ini perlu selesaikan dahulu masalah yang dihadapi rakyat ini.

Ini soal masa hadapan rakyat.

Ini soal orang sudah dan orang miskin. Orang kaya berkemungkinan besar tidak merasa kesusahan kerana kadar inflasi masih lagi berada di paras 2.8%.

Pastikan dahulu kes Presiden UMNO betul-betul selesai. Paling tidak pada penghujung November, kita akan ketahui samada Zahid didapati bersalah ataupun tidak bersalah.

Parti UMNO tidak boleh berhadapan dengan rakyat dan Pilihan Raya Umum dengan seorang pemimpin yang mempunyai begitu banyak kes jenayah.

UMNO-BN tidak boleh hadapi Pilihan Raya Umum sekiranya rakyat dapat menghidu PRU diadakan segera kerana UMNO mahu menang besar, bagi menyelamatkan Presiden UMNO dari kes-kes jenayah di mahkamah.

Atau Presiden UMNO sendiri yang mahu jadi Perdana Menteri yang ke-10.

Rakyat tidak mahu tertipu dengan Tag Line Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Poster Boy dan calon Perdana Menteri tetapi hakikatnya ini hanyalah helah atau permainan politik dari UMNO dan Barisan Nasional.

Persepsi ini perlu dikikis terlebih dahulu. Kalau tidak peluang untuk UMNO menang besar akan tergugat. – SM

(Visited 572 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button