Ekonomi

Kerjasama antara tiga syarikat hasilkan teknologi RM10 juta bagi tempoh dua tahun

Apabila perkembangan teknologi semakin maka banyak syarikat mengambil kesempatan untuk mencipta teknologi yang seiring dengan pengedaran zaman, jadi tidak hairanlah ada syarikat yang akan menjalin kerjasama bagi memenuhi perkhidmatan teknologi masa kini.

Oleh itu Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menerusi anak syarikatnya KOPETRO Trading Sdn Bhd telah memeterai Kerjasama strategik bersama tiga rakan niaga lain iaitu Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd., Gading Kencana Sdn Bhd dan Carsome Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, selain kerjasama yang memberi manfaat kepada tiga syarikat ini secara tidak langsung dapat menjana hasil RM10 juta bagi tempoh dua tahun dalam mempromosikan teknologi mereka.

“KOPETRO turut bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi yang menuju kepada tenaga diperbaharui yang di operasikan oleh Gading Kencana manakala Blueshark merupakan syarikat teknologi mobiliti kenderaan elektrik.” Katanya.

Kerjasamanya dengan Carsome pula memberi peluang kepada Kopetro memperoleh peluang daripada kekukuhan imej Carsome sebagai platform e-dagang automotif terbesar di negara ini.

“Perkembangan ekonomi semasa dengan perniagaan dalam semua sektor kembali rancak beroperasi, kami menjangkakan pendapatan bagi tahun kewangan 2024 bakal meningkat kepada RM290 juta.”

KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya serta diiktiraf sebagai 10 Koperasi Terbaik seluruh Malaysia.

Terdahulu, KOPETRO turut melancarkan platform dalam talian yang dikenali sebagai proLindung, yang membolehkan pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat-SM

Artikle Berkaitan :>

Teknologi digital, AI dan IoT perlu dalam kurikulum baharu

Techna-X meterai perjanjian bersama tiga pihak berkepentingan bagi projek teknologi tenaga boleh baharu

LIMA ‘23 – UPSI jalin kerjasama industri teknologi penerbangan, teroka bidang Augmented Reality dalam pendidikan

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button