Politik

Portal Bahasa Mandarin: Dua memorandum akan dihantar ke SPRM

PELBAGAI pihak terus menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerbitkan laman web berbahasa Mandarin.

Hal demikian ekoran, tindakan pihak berkuasa kerajaan itu dikatakan bertentangan dengan dasar kerajaan dan mengenepikan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beberapa pihak bertindak mahu menghantar memorandum bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan SPRM itu.

Malah, terdapat petisyen diwujudkan bagi mendapatkan sokongan daripada orang awam bagi menyatakan bantahan kepada SPRM.

“Kita akan desak sehingga SPRM akur dengan perlembagaan Malaysia.

“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan kerana akan menjadi titik tolak kepada banyak lagi tindakan yang sama akan berulang pada agensi lain.”

Demikian kata Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi Parti Berjasa (Angkasa), Hazwan Mohamad antara pihak yang akan menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.

HAZWAN MOHAMAD

Selain itu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) juga memaklumkan akan menghantar memorandum sama kepada SPRM Isnin ini.

Mereka dalam satu jemputan media memaklumkan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi menghantar memorandum bantahan kepada Ketua Pengarah SPRM.

 

Terdahulu, Pergerakan Wira Putra menyatakan rasa kesal terhadap tindakan SPRM yang akan menyebabkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan terus dipinggirkan.

Wira Putra dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan, tindakan SPRM itu juga akan menyebabkan lebih ramai masyarakat Cina malas menguasai bahasa Kebangsaan. – SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button