Rencah Hidup

Bekas wartawan kelahiran Pulau Pinang jadi Datuk Bandar di New Zealand

SELEPAS berita seorang anak Malaysia kelahiran Kedah, Jocelyn Yow yang menjadi Datuk Bandar Eastvale di California, Amerika Syarikat.

Kini seorang lagi anak Malaysia kelahiran Pulau Pinang pula mencatat sejarah apabila dipilih sekali lagi menjadi Datuk Bandar Kapiti Coast di New Zealand.

K. Gurunathan berjaya mempertahankan jawatannya selepas satu pilihan raya diadakan di bandar berkenaan pada awal tahun ini.

Bekas wartawan itu berkata, kejayaannya wajar dicontohi rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit ataupun kepercayaan.

“Ternyata, mereka suka calon yang menunaikan janji kempen mereka dan mampu mengubah kehidupan rakyat.

“Kapiti merupakan rumah saya selama 30 tahun. Hari paling menyedihkan dan menggembirakan saya adalah ketika menjadi warganegara New Zealand.”

Kata Gurunathan yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Politik di Universiti Victoria, Wellington seperti dilapor portal Free Malaysia Today hari ini.

Gurunathan, 66, memulakan kerjayanya dalam bidang media sebagai ketua wartawan pada 1983 dengan The National Echo berpangkalan di Pulau Pinang yang sudahpun dibubarkan.

Beliau kemudiannya menyunting The Rocket sebelum menyumbang artikel kepada New Straits Times sebagai pengulas politik.

Sebelum pergi ke Weillington, New Zealand pada 1995, beliau pernah berkhidmat dengan penerbitan akhbar The Sun.

Kemudian, di sana, beliau berkhidmat untuk sebuah akhbar tempatan, The Kapiti Observer dari 1995 hingga 2008 dan kemudian Kapiti News, di mana kolumnya ‘Notes from a Corner Dairy‘ menjadi bahan wajib dibaca.

“Tajuk itu menimbulkan kekecohan kerana ia lazim untuk pendatang berbangsa India ke New Zealand memiliki kedai runcit.

“Kaitan itu sering dijadikan gurauan perkauman. Saya menggunakannya sebagai psikologi terbalik bagi mengatasi perkauman,” katanya.

Meskipun menempa pelbagai kejayaan di sana, namun beliau masih tidak lupa perkara menyedihkan pada saat meninggalkan tanah air untuk pergi ke New Zealand.

Menurutnya, berat hati untuk melepaskan kewarganegaraan Malaysia, namun gembira apabila warga di Kapiti menerimanya sebagai penduduk di sana.

“Paling menyedihkan kerana tanah air saya tidak menerima dwi kerakyatan, jadi saya terpaksa melepaskan kewarganegaraan Malaysia saya.

“Saya bersyukur Kapiti Coast memberi berkat kepada keluarga saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, bercakap mengenai politik Malaysia, beliau mendakwa orientasi politik negara ini masih memperjuangkan ketuanan kaum dan agama sepanjang masa.

“Apa saja yang dilakukan adalah demi kuasa politik dan tidak mengutamakan rakyat,” luahnya. – SM

(Visited 487 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button