MahkamahNasional

Bekas Timbalan YDP MDKL didakwa 11 pertuduhan rasuah

SEORANG bekas Timbalan Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berusia 48 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas 11 pertuduhan rasuah berjumlah RM22,100.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, Mohamad Zain A Hamid didakwa menerima sogokan antara 28 September 2018 hingga 6 Mei 2020 ketika menjadi Timbalan YDP MDKL.

FMT melaporkan, menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima sogokan menerusi lapan kali pindahan wang tunai ke akaun teman wanitanya berjumlah RM9,000 dan tiga kali pembayaran kad kredit miliknya sendiri berjumlah RM13, 100.

Semua suapan itu didakwa diterima daripada pemilik Kenali Yakin Enterprise, Azizul Ab Majid yang mempunyai hubungan rasmi dengannya sebagai balasan untuk membantu syarikat di bawah seliaannya mendapatkan sebut harga dan inden di MDKL.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Selangor.

Mahkamah memutuskan tarikh sebutan semula kes pada 26 Oktober ini. – SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button