Politik

Bekas Timbalan Menteri dituduh esok kes sebar berita palsu

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh akan didakwa esok berkaitan kes penyebaran berita palsu di Facebook. Ahli Parlimen Kuantan itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Pemimpin PKR itu sebelum ini disiasat berhubung dakwaan menyebarkan berita palsu di Facebooknya berhubung video yang memaparkan situasi bersesak-sesak melibatkan pekerja Malaysia dari Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud menjelaskan bahawa video itu sebenarnya berkenaan latihan kebakaran yang dijalankan di CIQ pada 18 Disember 2019.

Video itu telah dimuat naik di laman Facebook Fuziah, sebelum diturunkan tidak lama kemudian.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu berkenaan fitnah dan mendatangkan khianat awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.-SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button