Luar Negara

Bekas pesakit Covid dijangkiti semula di Singapura

Singapura telah mengesan kes pertama kemungkinan kebolehjangkitan semula COVID-19 yang melibatkan pekerja migran di sebuah asrama, demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.
Walaupun kebolehjangkitan semula jarang berlaku, namun kementerian setelah mendapat nasihat pakar dan menilai bukti klinikal dan makmal yang “menunjukkan bahawa ia adalah kes kemungkinan kebolehjangkitan semula”.
Tambahan, melalui hasil ujian reaksi polimerase berantai (PCR) yang positif, kementerian memaklumkan terdapat peningkatan yang nyata dalam titer antibodi berbanding tempoh sebelum kebolehjangkitan dan “mengesyaki pesakit terdedah kepada jangkitan baharu yang meningkatkan tahap antibodinya”.
“Virus yang dikesan di dalam sampel yang diambil pada Januari 2021 juga berbeza secara genetik dengan (virus) yang ada kaitan dengan wabak di asrama pada 2020, menunjukkan bahawa jangkitan ini berkemungkinan berbeza dan baharu,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu malam.
Panel pakar terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Hospital Besar Singapura dan Makmal Kesihatan Awam Nasional.
Menurut MOH, pihaknya akan terus memantau kes COVID-19 yang dapat dipulihkan untuk menentukan pasca imun jangkitan pesakit.
“Setakat ini, tiada petunjuk bahawa pekerja yang telah pulih di asrama berkenaan mengalami kehilangan pasca imun jangkitan yang signifikan,” katanya.
Kementerian memaklumkan, pekerja berkenaan yang sebelum ini dilabelkan sebagai kes 2513, dikenal pasti daripada pemeriksaan pemantauan berjadual yang dijalankan sebagai sebahagian daripada pengawasan terhadap pekerja yang telah pulih bagi memantau pasca keimunan jangkitan mereka.
MOH memaklumkan kes membabitkan lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun yang mempunyai permit kerja yang tinggal di asrama, di 43 Tech Park Crescent.
Beliau disahkan menghidap jangkitan COVID-19 pada 12 April 2020 dan kemudian pulih dan secara konsisten diuji negatif untuk jangkitan COVID-19 sejak Jun 2020.
Bagaimanapun, pada 25 Jan lepas, hasil ujian jangkitan COVID-19 adalah positif dan beliau telah diasingkan.
“Banyak ujian berulang yang dilakukan juga didapati positif terhadap jangkitan COVID-19,” menurut kementerian itu.
MOH juga memaklumkan pekerja itu yang kini ditempatkan di NCID, telah dilaporkan tidak sihat pada 22 dan 23 Jan, namun, tidak mengalami gejala.
Setakat ini, semua kontak rapat kes berkenaan yang dikenal pasti telah diuji negatif COVID-19 dan telah diasingkan serta dikuarantin.- BERNAMA
(Visited 1,023 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button