Ekonomi

Shopee sediakan 5,000 penutup hidung dan mulut KF94 untuk dijual

BAGI mengekang COVID-19, platform e-dagang, Shopee menyediakan 5,000 unit bekalan penutup hidung dan mulut KF94 untuk dijual kepada pengguna bermula hari ini.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho dalam kenyataannya hari ini berkata penutup hidung dan mulut itu akan dijual dengan harga RM5.90 setiap satu melalui platform S-Mart.

“Shopee sedang bekerja rapat dengan rakan kongsi, pengeluar dan pengedar untuk meningkatkan bekalan penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman bagi kegunaan pengguna,” katanya.

Ho berkata pihaknya juga akan menyediakan 250,000 unit penutup hidung dan mulut tiga lapis serta 10,000 unit cecair pembasmi kuman yang akan mula dijual minggu hadapan.

“Satu set topeng muka tiga lapis yang mengandungi lima helai topeng akan dijual dengan harga RM3.90,” katanya.

Ho berkata bagi memastikan pengguna mendapat bekalan penutup hidung dan mulut, setiap pengguna Shopee dihadkan kepada maksimum satu KF94 dan satu set penutup hidung dan mulut tiga lapis. – BERNAMA

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button