JenayahNasional

Bekas penyelia mengaku tidak bersalah palsu dokumen berkaitan senarai akaun

BEKAS penyelia rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd di Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan memalsukan dokumen berkaitan senarai akaun penerimaan bayaran tunai, dua tahun lalu.

Tertuduh Muhammad Aizat Ziadi, 33, didakwa memalsukan tandatangan peneroka pada dokumen Senarai Akaun Penerimaan Bayaran Tunai Paysheet (PS) November 2020 dan Senarai Akaun Penerimaan Bayaran Tunai Pendahuluan (PT) Disember 2020 di Pejabat Felda Sebertak, Bera.

Sementara itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 464 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya boleh dikenakan.

Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nadzirah Zahari menawarkan jaminan RM5,000 sebelum tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan kewangan.

“Saya telah diberhentikan kerja selepas kejadian itu dan baru mendapat kerja sebagai mekanik di Johor dengan gaji RM1,200 sebulan. Saya juga menanggung orang tua” katanya.

Ahmad Zamzani bagaimanapun membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 Mei ini bagi lantikan peguam. – Bernama – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button