Nasionalpilihan

Sepatutnya Aram Jada bukannya Haram Jadah – Etnik Chetti

Komuniti di Kampung Chetti, Gajah Berang dekat sini kesal makanan tradisi kaum itu yang sepatutnya disebut ‘Aram Jada’ ditular kepada ‘Haram Jadah’.

Mereka menyifatkan tindakan sesetengah pihak memberi nama makanan di zaman nenek moyang kaum itu menggunakan perkataan yang tidak sedap ditutur atau ditulis serta  mudah disalah faham oleh orang ramai.

Seorang penduduk, K. Suppiah Pillay, 74, berkata, dia sangat terkejut apabila melihat makanan kaum itu dipanggil ‘haram jadah menerusi beberapa artikel di surat khabar termasuk beberapa video di YouTube, TikTok dan Faceboook.

Menurutnya, dalam kalangan komuniti itu tidak wujud perkataan berkenaan sebaliknya makanan yang dimasak seperti masak lodeh itu sebenarnya disebut ‘Aram Jada’ dan bukan ‘haram jadah’.

Masakan tradisi etnik Chetti, Aram Jada merupakan campuran sayur-sayuran.

“Saya sangat kecewa bila melihat sebuah video di YouTube berdurasi 14 minit 50 saat apabila tajuk video itu ditulis Lauk Haram Jadah dan Sambal Belimbing.

“Sepatutnya mereka merujuk kepada kaum Chetti untuk memastikan perkataan itu sebenarnya adalah nama masakan sebenarnya,” ujarnya kepada di sini semalam.

Katanya, masakan ‘Aram Jada’ adalah sayur-campuran seperti terung, kacang panjang, timun, lobak putih dan peria dimasak kuah menggunakan santan serta ditumis sebelum dimasak.

Seorang lagi penduduk, Raja Tamby Pilly, 70, turut melahirkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak sengaja menamakan masakan tradisi
kaum itu dengan perkataan yang tidak sedap didengar atau dibaca.

“Sejak zaman datuk dan nenek serta moyang kami di Melaka makanan itu disebut sebagai ‘Aram Jada’ dan bukannya ‘Haram Jadah’,” ujarnya.

Justeru dia berharap pihak berkuasa untuk membetulkan semula nama masakan kaum Chetti itu ditukar kepada ‘Aram Jada’.

Katanya, masakan itu seakan masak kuah lodeh mengadunkan pelbagai jenis sayur- sayuran ditumis menggunakan cili kering, bawang kecil dan belacan.

“Menjelang sambutan Deepavali ini masakan ‘Aram Jada’ menjadi antara salah satu menu,” katanya.

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button