Nasionalpilihan

Pelajar SMK Durian Tunggal terharu terima RM10,000

Kedatangan Aidilfitri amat bermakna buat seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal apabila terpilih sebagai penerima bantuan persekolahan dari Sri Pengkalan Binaan (SPB) Sdn. Bhd. keseluruhan berjumlah RM10,000.

Buat pelajar tingkatan tiga Azihamqa Abdul Latip, 15, dari Kampung Gangsa Batu 8 melahirkan rasa terharu apabila namanya terpilih antara 10 pelajar yang masing-masing menerima RM1,000.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, bantuan yang diterimanya itu dapat meringankan beban keluarganya selepas kematian bapanya pada 10 Ramadan akibat strok.

“Saya amat terharu dan bertuah menerima bantuan ini sekurang-kurangnya wang ini dapat digunakan untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Ini pemberian amat bermakna dapat menolong emak yang tidak bekerja untuk buat persiapan Aidilfitri secara sederhana,” katanya ketika ditemui selepas program sumbangan persekolahan di SMK Durian Tunggal, di sini hari ini.

Menurut seorang lagi penerima Wong Ai Ling, 17, dari Panchor berkata, bantuan yang diterima daripada SPB itu membolehkan dia ingin membeli buku rujukan bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

Katanya, bapanya hanya mengusahakan tanaman cili dan pendapatannya tidak cukup untuk menyara dua lagi adiknya yang masih bersekolah.

“Sumbangan RM1,000 amat bermakna buat saya dapat juga beli buku rujukan dan buku ulang kaji beberapa peralatan sekolah yang masih belum dibeli,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPB Sdn Bhd, Datuk Yap Pit Kian berkata, sumbangan RM10,000 itu adalah bertujuan untuk meringankan beban pelajar yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan yang sempurna.

Katanya, program itu adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan pihaknya dan menjalinkan kerjasama erat dengan pihak sekolah.

“SMK Durian Tunggal dipilih sebagai program pertama kami dan selepas ini kami merancang untuk menyampaikan bantuan yang sama kepada lima sekolah lagi di negeri ini,” ujarnya.

Katanya, apa yang paling penting wang sumbangan itu membolehkan pelajar dapat membeli segala kelengkapan sekolah yang tidak cukup termasuk buku ulang kaji dan buku rujukan yang tidak dapat dibeli kerana masalah kewangan. – SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button